Cover image for Pemisahan olein / stearin menggunakan berbagai media penuras
Title:
Pemisahan olein / stearin menggunakan berbagai media penuras
Personal Author:
Publication Information:
1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7679 ra
Abstract:
Pemilihan media penuras yang sesuai dalam pemisahan minyak sawit olein / stearin sesungguhnya dapat mempertingkatkan mutu dan hasilnya. Ini memerlukan satu keputusan yang tepat dan oleh yang demikian, satu set keterangan yang lengkap mengenai media penuras itu amat diperlukan untuk memenuhi industri minyak sawit olein / stearin. Projek penyelidikan ini berobjektif untuk memberikan suatu set keterangan dan keputusan yang lengkap mengenai kadaralir turasan, rintangan spesifik kek, rintangan media, kecenderungan berlakunya penyumbatan dan penjujuhan serta kekuatan regangan media-media penuras dalam pemisahan minyak sawit olein / stearin. Di sini sebanyak tujuh media penuras yang berlainan spesifikasi telah dikaji dibawah ujian penurasan hampagas dalam skala makmal. Ujian-ujian lain yang dilaksanakan untuk skop di atas ialah ujian kebolehtelapan, ujian kekeruhan dan ujian regangan bagi media penuras yang disediakan. Keputusan-keputusan yang didapati menunjukkan beberapa pertimbangan yang teliti diperlukan kerana tiada satupun media yang benar-benar memenuhi semua keperluan dari segi kadar turasan, kecenderungan berlakunya penyumbatan mahupun penjujuhan serta kekuatan regangan media penuras. Misalnya, media penuras jenis PA 1656 dan PA 1650 menunjukkan kecekapan yang tinggi dalam aspek kadaralir, rintangan spesifik kek dan rintangan media yang rendah serta menunjukkan rintangan tinggi terhadap penyumbatan tetapi kurang baik dari segi rintangan terhadap penjujuhan dan kekuatan regangan. Sebaliknya kepada media PP 2601 Cb dan PP 2716 pula, ia memberikan keputusan baik terhadap rintangan penjujuhan dan kekuatan regangan tetapi kurang baik terhadap kecekapan kadaralir turasan dan banyak berlakunya penyumbatan. Kesemua pemilihan media penuras itu bergantung kepada kebijaksanaan dan kehendak pengusaha-pengusaha sama ada kriteria-kriteria penurasan yang mana perlu diberi perhatian yang serius selain daripada kosnya. Sesungguhnya, kuantiti dan kualiti hasilan merupakan pertimbangan utama dalam industri minyak sawit pemisahan olein / stearin.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000010084178 TP156.F5 L39 1991 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order