Cover image for Model perletakan perumahan kos rendah di bandar : kajian kes di Wilayah Persekutuan
Title:
Model perletakan perumahan kos rendah di bandar : kajian kes di Wilayah Persekutuan
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 4371 ra
Abstract:
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membentuk satu model perletakan perumahan kos rendah yang 'economically rational' dan efisien. Kajian ini menganalisa faktor-faktor yang mempengaruhi perletakan perumahan kos rendah yang merangkumi faktor-faktor ekonomi, sosial dan kebajikan masyarakat untuk dijadikan angkubah dalam pembentukan model ini. Prosedur dalam kajian ini adalah sebagai berikut; 1. Teori dan model yang berkaitan dengan perletakan perumahan kos rendah ditinjau untuk mengenalpasti angkubah-angkubah yang berkemungkinan mempengaruhi keputusan perletakan perumahan kos rendah. 2. Data-data mengenai faktor-faktor yang disenaraikan dikumpul daripada kajian Pelan Induk Kuala Lumpur. Sebahagian daripadanya diinterpretasikan dari pelan dasar bersekil 1 inci : 32 rantai. 3. Faktor-faktor yang disenaraikan kemudiannya dianalisa untuk mendapatkan pertaliannya dengan perletakan perumahan kos rendah sedia ada di Wilayah Persekutuan. Tingkat pertalian tersebut diperolehi dengan menggunakan teknik analisa regresi linear. 4. Faktor-faktor yang empunyai pertalian dengan perletakan perumahan kos rendah dimasukkan ke dalam model yang dibentuk. Hasil daripada kajian ini dapat diringkaskan sebagai berikut; 1. Faktor nilai tanah, topografi, sistem bekalan air, jarak ke kawasan setinggan, jarak ke jalan utama, jarak ke laluan bas, jarak ke CBD dan jarak ke sekolah rendah didapati mempunyai pertalian dengan perletakan perumahan kos rendah. 2. Kedapatan tanah-tanah yang boleh dibangunkan diandaikan faktor tetap yang mempengaruhi perletakan perumahan kos rendah. 3. Model yang dibentuk adalah seperti berikut : AJ =(Ri IYi) Aj = penarikan pembangunan perumahan kos rendah Ri = Angkali korelasi IYi = indeks skor bagi angkubah Xi ll = modulus. Saranan-saranan yang dikemukakan dalam kajian ini termasuk; 1. Kajian yang lebih lanjut dan terperinci perlu dilakukan terhadap angkubah-angkubah yang digunakan dalam model ini dan juga menguji model ini pada bandar lain. 2. Saranan mengembangkan model ini dengan mengaitkan elemen-elemen lain dalam sistem bandar seperti sistem nilai dan pola perlakuan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1982

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003301 HD7363.6.K82 I27 1982 raf Closed Access Thesis UTM Master Thesis (Closed Access)
Searching...

On Order