Cover image for Garispanduan kawalan pembangunan gunatanah dipinggir Sungai Kuantan
Title:
Garispanduan kawalan pembangunan gunatanah dipinggir Sungai Kuantan
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 2781 ra
Abstract:
Sejak tahun 1980an, Bandar Kuantan berkembang begitu pesat, memandangkan statusnya sebagai ibunegeri Pahang, kedudukan nya yang strategik, pelbagai kemudahan pembangunan yang sedia ada dan kadar pertumbuhan yang begitu tinggi telah membantu pembangunan seterusnya di Bandar Kuantan. Oleh itu, dalam Rancangan Malaysia Ketiga, ia telah terpilih sebagai 'Pusat Pertumbuhan' untuk kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia. Dalam proses mencapai taraf tersebut, pelbagai program pembangunan telah dan sedang dirancangkan; disamping itu pihak Majlis Perbandaran Kuantan telah menerima banyak tekanan pembangunan daripada pihak pemaju, ini termasuklah pembangunan perumahan, perdagangan dan perniagaan, perindustrian, pelancungan dan sebagainya. Namun demikian, pihak Majlis Perbandaran Kuantan masih belum mempunyai Pelan Induk Pembangunan yang khusus dan di sebaliknya masih menggunakan Pelan Pembangunan yang 'outdated' untuk memenuhi permintaan pembangunan tersebut. Oleh itu, kebanyakan strategi pembangunan semasa Majlis dibuat secara 'ah-hoc' dan 'piece meal'. Akibat dari amalan pembangunan yang tidak bersistematik pelbagai masalah pembangunan telah timbul, diantaranya termasuklah pembangunan bercorak 'ribbon', konflik gunatanah, sistem jalan dan saliran yang tidak efisyen, banjir, pencemaran, kegiatan setinggan dan sebagainya. Dari itu, langkah-langkah kawalan pembangunan yang bersistematik adalah diperlukan, di antara kawasan yang memerlukan perhatian yang khusus ialah di Utara Pinggir Sungai Kuantan. Memandangkan Pelan Struktur dan Pelan Tempatan masih dalam proses penyediaan, maka usaha-usaha kawalan pembangunan gunatanah dalam bentuk 'interim' adalah diperlukan untuk mengawasi pembangunan di pinggir Sungai Kuantan, supaya kegunaan tanah yang tersusun dan mutu persekitaran yang sihat dapat diwujudkan. Kawasan kajaian diberi keutamaan untuk dibangunkan kerana terdapatnya kawasan perkampungan tradisional yang masih tertinggal dari segi perkhidmatan bandar dan merupakan kawasan "urban poverty". Di antara masalah di kawasanini ialah seringnya berlaku banjir, penggunaan tanah secara tidak optima, dan pembangunan yang tidak teratur. Masalah-masalah tersebut memberikan kesan yang negatif kepada sistem saliran dan "kesan nampak" yang boleh mengurangkan daya tarikan pelancungan di Kuantan. Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut, satu garispanduan kawalan pembangunan gunatanah perlu disediakan segera sebagai alternatif kerana penyediaan Pelan Struktur memakan tempoh masa yang panjang (2 - 3 tahun), keadaan ini ditambah pula masalah ekonomi yang sedang meleset tidak memungkinkan pelan tersebut dapat disediakan dengan segera untuk membolehkan kawalan pembangunan yang menyeluruh dapat dilaksanakan oleh Majlis. Dengan adanya garispanduan ini, potensi gunatanah dapat dibangunkan sepenuhnya bersesuaian dengan persekitaran di pinggir Sungai Kuantan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003705 HD890.6.Z9 P29 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order