Cover image for Kajian kemungkinan penggunaan kawasan bekas lombong untuk tujuan rekreasi pasif
Title:
Kajian kemungkinan penggunaan kawasan bekas lombong untuk tujuan rekreasi pasif
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 4342 ra
Abstract:
Pembinaan kawasan kediaman masa kini adalah berbentuk taman perumahan yang mengandungi berbagai jenis. Ruang-ruang yang diperlukan bagi tiap-tiap jenis element dalam kawasan perumahan perlu dirancang supaya mencukupi dan selaras dengan tanah yang terdapat. Kampung Pandan Tengah adalah merupakan sebuah kawasan perumahan setinggan dimana sebilangan besar daripada tanahnya adalah terdiri daripada kawasan bekas lombong. Kawasan bekas lombong ini telah menjadi penghalang kepada pembangunan. Penimbusan kolam-kolam yang dalam dan luas akan melibatkan kos yang mahal. Oleh itu adalahlah wajar untuk menggunakan kawasan bekas lombong sebagai kawasan rekreasi pasif. Banyak kedapatan kawasan-kawasan bekas lombong seperti ini dijadikan sebuah taman rekreasi pasif seperti Taman Tasik Titiwangsa dan Taman Tasik Perdana. Kawasan-kawasan lapang yang tersedia ditepi kolam-kolam lombong ini adalah strategik sekali untuk tujuan ini. Penggunaan kawasan-kawasan bekas lombong untuk tujuan rekreasi pasif akan dapat menolong membanyakkan bilangan kawasan lapang yang pada masa ini serba kekurangan di Kuala Lumpur. Selain daripada itu ianya akan menyediakan sebuah kawasan lapang di kawasan kejiranan. Walau bagaimanapun penyediaan kawasan bekas lombong untuk kegunaan rekreasi adalah bergantung kepada kesesuaiannya pada tapak dan perlu diselaraskan dengan polisi-polisi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Seterusnya kajian-kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan untuk mengetahui potensi dan halangan tapak untuk menepati keperluan kawasan lapang.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003307 HT281. H39 1983 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002557 HT281.H39 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order