Cover image for Kearah mengujudkan sektor pertanian yang progresif. Kajian kes : daerah Ulu Trengganu
Title:
Kearah mengujudkan sektor pertanian yang progresif. Kajian kes : daerah Ulu Trengganu
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3156 ra
Abstract:
Sektor pertanian memainkan peranan penting didalam perkembangan ekonomi negara kita Malaysia. Namun begitu sektor ini masih lagi mundur dengan kadar kemiskinan yang tinggi dan kadar pertumbuhan yang rendah. Keadaan ini berlaku disebabkan tidak adanya satu perancangan yang menyeluruh bagi mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh sekotr pertanian. Daerah Ulu Terengganu telah dipilih sebagai kawasan kajian ntuk melihat hakikat ini. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1474.1 batu persegi dan 85.36 peratus dari penduduknya adalah petani dan padi merupakan tanaman utama bagi daerah ini. Daerah ini juga merupakan daerah yang paling mundur di negeri Terengganu dengan kadar pengangguran yang tinggi iaitu 6.5 peratus dan purata pendapatan penduduknya hanya 132 ringgit sebulan. Keadaan ini mempunyai kaitan yang rapat dengan sektor pertaniannya. Dari kajian yang dibuat terdapat lapan masalah utama yang dihadapi oleh petani-petani di daerah ini yang terdiri dari masalah pengeluaran pertanian, masalah penyelidikan dan latihan, masalah banjir, masalah pengangkutan, masalah pemasaran dan pemprosesan, masalah pengurusan dan pentadbiran serta masalah sosial. untuk mengatasi masalah-masalah ini konsep perniagaan-tani atau pembangunan pertanian secara berpadu telah dipilih sebagai asas kepada cadangan yang dibuat. Pada peringkat negara cadangan dibuat agar pihak kerajaan merumuskan dasar pertanian negara yang komprehensif. Penyelerasan diantara ejensi-ejensi pertanian adalah yang perlu dilaksanakan diperingkat negeri. Manakala bagi peringkat daerah pula polisi-polisi yang dicadangkan adalah meliputi aspek pengeluaran pertanian, penyelidikan dan latihan, kemudahan pengangkutan dan perairan, pemasaran dan pemerosesan serta pengurusan dan pentadbiran.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti teknologi Malaysia, 1980

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003353 HT395.M32 T73 1980 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003020 HT395.M32 T73 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002370983 HT395.M32 T73 1980 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order