Cover image for Satu tinjauan mengenai permasalahan dalam pengajaran mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu di kalangan guru Sekolah Menengah Agama Rakyat di Negeri Kedah Darulaman
Title:
Satu tinjauan mengenai permasalahan dalam pengajaran mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu di kalangan guru Sekolah Menengah Agama Rakyat di Negeri Kedah Darulaman
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8550 ra
Abstract:
Salah satu daripada pelajaran teras yang terdapat dalam KBSM ialah mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Memandangkan pelajaran ini baru dilaksanakan namun belum terdapat satu kajian yang akademik terhadap permasalahan yang timbul dalam perlaksanaan pelajaran tersebut di semua peringkat sekolah. Kajian ini dijalankan khusus untuk meninjau permasalahan yang wujud di kalangan guru-guru yang terlibat secara langsung dalam pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah agama rakyat di Negeri Kedah DA. Masalah yang ditinjau merangkumi beberapa aspek seperti pengetahuan dan kemahiran, minat, kepuasan kerja, beban tugas dan kesesuaian bengkel dalam pengajaran mata pelajaran tersebut. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada 34 orang guru yang mengajar di 19 buah sekolah menengah agama rakyat di Kedah. Sekolah-sekolah tersebut telah dipilih secara rawak. Satu set soal selidik yang mengandungi 38 soalan dengan menggunakan skala Likert dikemukakan kepada responden. Reaksi daripada responden setiap persoalan kajian dibuat analisis dan dibincangkan berdasarkan skor setiap responden dan peratusan terhadap setiap soalan yang dikaji. Hasil dari kajian ini jelas menunjukkan terdapat beberapa aspek permasalah yang terpaksa dihadapi oleh responden seperti kekurangan pengetahuan dan kemahiran, beban tugas yang berat, tidak mendapat kepuasan kerja dan bengkel yang kurang sesuai. Beberapa cadangan dibuat untuk pengetahuan dan tindakan kepada mereka yang terlibat. Berkat dari kerjasama semua pihak adalah diharapkan sekolah tersebut akan melahirkan individu yang berketrampilan dari segi pengetahuan agama dan teknologi moden masa kini.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003247537 LB1629.5.M3 M34 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order