Cover image for Mengkaji tahap pencapaian objektif rekabentuk ruang lapang di kawasan perumahan kelompok di Setapak Jaya
Title:
Mengkaji tahap pencapaian objektif rekabentuk ruang lapang di kawasan perumahan kelompok di Setapak Jaya
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 3972 ra
Abstract:
Kajian ini akan membentangkan bagaimana keperluan pengguna mempengaruhi bentuk dan saiz kawasan lapang. Keperluan pengguna adalah berbeza bagi peringkat umur yang berbeza. Ini dapat dibuktikan didalam kajain. Kanak-kana dari umur 1 hingga 5 tahun memerlukan ruang yang mudah dan dapat diawasi oleh ibubapa. Disini halaman rumah adalah sangat sesuai. Manakala kanak-kanak dewasa memerlukan ruang yang membolehkan aktiviti tertentu dan ruang yang lebih luas. Orang-orang dewasa pula lebih suka dengan suasana yang sunyi dan nyaman. Oleh demikian keperluan pengguna ini dapat dikategorikan mengikut umur. Perancangan susunatur fizikal perumahan Setapak Jaya ini telah membentuk hirarki ruang-ruang. Disni akan didedahkan samada pembentukan ruang-ruang tersebut bertepatan dengan keperluan pengguna. Kajian ini akan menolong perancangan fizikal ruang lapang dari hasil analisa rekabentuk ruang lapang yang sediada. Pembentukan hiraki ruang lapang ini akan menunjukkan samada ia menafaatkan penghuni di perumahan 'lowrise-high density'. Permasalahan yang timbul dari perancangan yang tidak teliti akan ditonjolkan oleh sikap dan perlakuan penghuninya. Antara aspek yang perlu dikaji dalam pembangunan perumahan ialah jenis penggunaannya. Ini dapat ditunjukkan melalui kajian dimana keupayaan penghuni telah mempengaruhi sikap dan keperluan terhadap ruang-ruang lapang. Kajian akan memaparkan kelemahan dan kebaikan susunatur fizikal perumahan kelompok berjenis 'lowrise-high density' ari jenis-jenis rekabentuk perumahan lainnya untuk keperluan golongan berpendapatan rendah. Persekitaran yang terbentuk dari perancangan fizikal perumahan kelompok juga dibentangkan dalam kajian topikal ini. Untuk menolong dalam perancangan perumahan kos rendah khasnya kawasan lapang, kajian ini telah cuba untuk mendapatkan pendapat penghuni terhadap rekabentuk kawasan lapang. Panduan untuk menyediakan fasiliti dalam kawasan lapang dapat diperolehi dari pendapat-pendapat penghuni tersebut.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003491 NA9053.S6 F39 1984 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003865 NA9053.S6 F39 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002465726 NA9053.S6 F39 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order