Cover image for Sikap pelajar Sekolah Menengah Agama Daerah Kota Setar terhadap mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu
Title:
Sikap pelajar Sekolah Menengah Agama Daerah Kota Setar terhadap mata pelajaran kemahiran hidup bersepadu
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja :MFL 8552 ra
Abstract:
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu mata pelajaran yang baru diserap ke dalam kurikulum Sekolah Menengah Agama (SMA) di negeri Kedah pada tahun 1991. Penerimaan pelajar dan ibu bapa SMA terhadap mata pelajaran ini perlu dikaji agar pelaksanaannya di SMA tidak pincang dan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang sikap pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran KHB di SMA. Kajian yang dijalankan dilihat dari aspek pembelajaran mata pelajaran KHB, usaha untuk mempertingkatkan pencapaian akademik mata pelajaran KHB, mempraktikkan kemahiran asas mata pelajaran KHB dalam kehidupan harian dan faktor yang mempengaruhi sikap pelajar dalam pembelajaran mata pelajaran KHB. Pelajar SMA yang dipilih secara rawak digunakan sebagai subjek. Subjek kajian adalah terdiri daripada 120 pelajar yang sedang mengikuti mata pelajaran KHB di SMA. Pemilihan SMA dilakukan secara rawak dalam daerah Kota Setar. Sekolah yang terpilih ialah Maktab Mahmud. Data-data diperolehi dengan menggunakan instrumen soal selidik bagi mendapatkan respons subjek. Data yang terkumpul diproses dengan menggunakan perisian komputer 'Statistix II' versi 2.0 untuk mendapatkan analisis deskriptif bagi semua aspek yang dikaji. Daripada hasil kajian ini, didapati pelajar bersikap positif terhadap mata pelajaran KHB. Pelajar juga didapati bersikap positif dalam mempraktikkan kemahiran asas yang dipelajari dalam mata pelajaran KHB dalam kehidupan seharian mereka. Pelajar juga bersikap positif terhadap faktor rakan sebaya, keluaga dan guru dalam mempengaruhi mereka dalam pembelajaran mata pelajaran KHB.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003247651 LB1629.5.M3 R67 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order