Cover image for Kajian semula rancangan pembangunan kampung tersusun pinggir bandar : kajian kes Daerah Kinta Perak
Title:
Kajian semula rancangan pembangunan kampung tersusun pinggir bandar : kajian kes Daerah Kinta Perak
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4190 ra
Abstract:
Masalah pembangunan kampung tersusuan pinggirr bandar akan bertambah besar dan berterusan sekiranya tiada usaha-usaha tertentu diambil. Bersesuaian dengan nama rancangan kampung tersusun, sepatutnya kampung-kampung ini mempunyai unsur-unsur pembangunan fizikal yang baik dan dapat menampung keperluan penduduk serta dapat bersaing dengan lain-lain aktiviti gunatanah di sekitar kawasan bandar. Dalam keadaan sebenar kedua-dua kampung ini telah dirancang dengan baik di atas pelan tetapi apabila dilaksanakan keadaan ini berubah menjadikannya tidak teratur lagi. Keadaan ini adalah disebabkan tidak ada badan-badan khusus selain dari Pejabat Tanah untuk melaksanakan dan mengendalikan pembangunan kampung ini dengan sempurna dan berkesan. Pejabat Tanah pula menghadapi beberapa masalah seperti kekurangan kakitangan teknikal dan kewangan. Akibatnya kampung tersusun pinggi bandar adalah terbiar, tanpa kemudahanasas seperti bekalan air, elektrik, jalan masuk dan dalam serta sistem peparitan yang baik. Di samping itu pembinaan rumah dibiarkan kepada peserta sendiri, tanpa mendapat kelulusan dari pihak berkuasa. Terdapat dua kesan buruk dari keadaan ini, pertama akan mengalakkan peserta mendirikan rumah lebih dari satu di atas tiap-tiap lot. Seterusnya keadaan ini akan menimbulkan kesesakan di kawasan perumahan. Kedua, peserta mengambil masa yang lama untuk membina rumah. Kedua-dua ini adalah dipengaruhi oleh faktur lokasi dan kesan pembangunan di kawasan sekitarnya. Oleh itu melalui objektif penyelesaian beberapa cadangan telah dikemukan untuk mengatasi beberapa masalah yang ujud berkaitan dengan perlaksanaan, pembangunan fizikal dan sosio-ekonomi penduduk. Dengan cadangan ini bukan sahaja dapat memperbaiki keadaan perkampungan tetapi mengemaskinikan pendekatan perancangan kampung tersusun pinggir bandar selaras dengan tujuan dan matlamat rancangan yang hendak mengujudkan satu perkampungan yang teratur dan maju di pinggir bandar.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003244 HT431.M52 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002387193 HT431.M52 1984 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order