Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Proses penyediaan ringkasan projek
Title:
Proses penyediaan ringkasan projek
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 8102 ra
Abstract:
Proses penyediaan ringkasan projek adalah merupakan peringkat yang palingpenting dalam proses pembinaan sesebuah projek, dimana ia merupakan titikpermulaan apabila faktor-faktor kos, masa dan kualiti untuk projek muladipertimbangkan. ia merupakan proses pembelajaran dua hala yang berlaku diantara gunawan dan arkitek dari peringkat awal projek lagi, dan adalahmelibatkan aktiviti-aktiviti perbincangan, penyiasatan dan analisa tentangkeperluan-keperluan gunawan, untuk membentuk satu asas yang dipersetujuidan sesuai untuk memulakan kerja rekabentuk. Ringkasan projek biasanya dikembangkan selari dengan proses rekabentuk; yang biasanya melibatkan satu siriperjumpaan/mesyuarat yang berterusan di antara pihak gunawan dan arkitek.Terdapat banyak masalah yang dihadapi dalam perlaksanaan proses ini terutamanya dari segi komunikasi. Untuk menghadapi masalah-masalah tersebut, terdapat banyak cara penyelesaian yang boleh digunakan. melalui cara-cara penyelesaian ini, terdapat peluang-peluang baru yang boleh diceburi oleh profesionukur bahan dalam proses penyediaan ringkasan projek.Satu pendekatan baru yang boleh diberi perhatian oleh profession ukur bahanialah pengurusan nilai. Jurukur bahan boleh melibatkan diri dalam pengurusannilai sebagai seorang pengkordinasi pasukan pengurusan nilai atau sebagainyaperunding kos dalam pasukan pengurusan nilai atau sebagai perunding kos dalam pasukan pengurusan nilai. Selain daripada itu, jurukur bahan juga boleh melibatkan diri dalam pengurusan nilai. Selain daripada itu, jurukur bahan juga boleh menawarkan perkhidmatan dalam bidang pengurusan projek serta meningkatkan lkecekapannya dalam penyediaan dua perkhidmatan yang tradisional iaitu dalam nasihat kos awal dan kaedah perolehan. Di samping itu, jurukur bahan juga mempunyai potensi yang baik dalam menyediakan ringkasan projek itu sendiri. Hasil daripada penyelidikan ini, adalah didapati bahawa profession ukur bahan mempunyai potensi yang amat baik untuk menjadi PERUNDING UTAMA (Leading Consultant), iaitu betrtindak sebagai titik perhubungan pertama di antara pasukan rekabentuk dengan pihak gunawan. Ini adalah mungkin dengan adanya kemahiran dan ekcekapan dalam perkhidmatan yang asas serta potensi untuk menceburi diri dalam perkhidmatan baru yang boleh memberi kelebihan kepada gunawan dari segi kos, masa dan kualiti.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur Bahan)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002420093 TH437.N338 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page