Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kontrak pengurusan : satu pendekatan baru dalam industri binaan di Malaysia
Title:
Kontrak pengurusan : satu pendekatan baru dalam industri binaan di Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1987
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2823 ra
Abstract:
Daripada amalan kontrak tradisional kepada penggunaan sistem-sistem kontrak "Turnkey", Kos Campur sehinggalah Kontrak Pengurusan, tiap peringkat penerimaan konsep baru jelas menunjukkan adanya desakan--desakan tertentu. Daripada desakan-desakan inilah wujudnya alternatif baru demi alternatif baru sepertimana yang diperlihatkan. Peningkatan darjah kerumitan dan perubahan ciri projek binaan dari masa ke semasa telah membawa bersama pertukaran citarasa pihak-pihak yang terlibat. Amalan tradisional akibatnya menjadi tidak lagi sesuai untuk menduduki satu bahagian bersaing dalam lapangan industri binaan. Penekanan ke atas soal kawalan-kawalan kos, masa dan mutu kerja menjadi semakin memuncak. Gunawan senakin mementingkan soal "value for money". Oleh itu, mereka sentiasa mencari-cari peluang untuk mengadakan pengawalan langsung ke atas penyelarasan projek mengikut kehendak--kehendaknya. Dalam soal ini, kemahiran dari segi pengurusan dan pengelolaan kerja ternyata diperlukan. Untuk tujuan pengurusan ke atas rekabentuk dan pembinaan ini, gunawan memerlukan perkhidmatan pengurus projek samada dari ahli profesional sebagai kordinator ataupun dari pemborong am yang berpengalaman. Sumber kedua terbukti kebaikannya dari segi menyogokkan pengetabuan pembinaan yang praktikal ke dalam proses rekabentuk. Tindakan ini selanjutnya dapat memastikan perancangan kerja yang tepat dan memboleh-kan projek disiapkan dalam tempoh yang diharapkan dengan mutu kerja yang terkawal. Perkembangan ini akhirnya mendorong kepada pengenalan sistem Kontrak Pengurusan ke dalam industri binaan. Dengan itu, gunawan kini telah mengubah kedudukan tradisional pemborong utama kepada satu jawatan baru yang sealiran dengannya. Pemborong utama yang dikenali sebagai 'Kontraktor Pengurusan' kini akan mengelolakan keseluruhan tenaga kerja termasuklah para ikhtisas dan membahagi-bahagikan kerja pembinaan kepada baberapa kontrak kecil untuk dilaksanakan oleh sebilangan kontraktor pembinaan. Memandangkan usianya yang muda dalam industri binaan tempatan, maka pemahaman dan keterangan lanjut mengenainya haruslah dipupuk. Bertolak daripada hasrat inilah terhasilnya penulisan Dissertasi yang terbentang di hadapan mata ini, dengan tajuknya yang berbunyi, "Kontrak Pengurusan ; Satu Pendekatan Baru Dalam Industri Binaan Di Malaysia"
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002803 HD9715.M32 L55 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002655 HD9715.M32 L55 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page