Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian pengekalan dan pemeliharaan. Kes kajian pusat bandar Kuala Lumpur
Title:
Kajian pengekalan dan pemeliharaan. Kes kajian pusat bandar Kuala Lumpur
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 3559
Abstract:
Bangunan-bangunan rumah kedai tradisional adalah merupakan sebahagian dari warisan sejarah dan kebudayaan masyarakat Malaysia. Kepentingan tersebut hanya berkesan jika ciri-ciri senibinanya yang ulung dapat dikekalkan untuk generasi akan datang. Sungguhpun begitu, pengekalan elemen kepentingan tersebut telah mendapat tegahan dan bantahan dari setengah golongan yang terlibat. Antara sebab-sebab utama yang dikemukakan menjelaskan ujudnya kekurangan yang terdapat dalam pendekatan pengekalan dan pemeliharaan semasa yang dilaksanakan secara terasing di mana sebaliknya menjadikan potensi bangunan rumah kedai tradisional semakin berkurang dari segi potensi ekonomi dan nilai kebudayaan. Malah peruntukan didalam Akta Perancangan tidak memberi sebarang kuasa kepada pihak berkuasa perancangan dalam mewartakan kawasan dan bangunan bagi tujuan pengekalan, terutamanya yang melibatkan tanah dan bangunan persendirian. Kegagalan pendekatan semasa juga telah dikaitkan dengan kekurangan peruntukan dari segi sumber-sumber kewangan. Oleh itu adalah menjadi tujuan kajian ini untuk membuktikan bahawa pengekalan tidak terhad kepada mengekalkan bangunan malah ia juga merangkum penggunaan semula bangunan kepada yang lebih produktif. Ini dapat dilaksanakan melalui kajian dan cadangan perancangan fizikal sebagai menyempurnakan program tersebut, bidang kuasa tambahan telah dicadangkan ke atas Akta Perancangan sebagai tambahan kepada akta sedia ada. Cadangan juga merangkumi langkah mengadakan galakan insentif grant dan sumbangan kewangan dari badan kerajaan dan agensi-agensi persendirian. Keseluruah tindakan tersebut merupakan asas bagi membolehkan pihak berkuasa dan persendirian bekerjasama menjayakan perlaksanaan program pengekalan dan pemeliharaan bagi kawasan pusat bandar Kuala Lumpur.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003229 HT169.M32K8257 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page