Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian semula bagi kaedah pengiraan imbuhan balik turun-naik harga bahan-bahan binaan berdasarkan kontrak PWD 203A
Title:
Kajian semula bagi kaedah pengiraan imbuhan balik turun-naik harga bahan-bahan binaan berdasarkan kontrak PWD 203A
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8432 ra
Abstract:
Walaupun perlaksanaan pengiraan imbuhan balik turun naik harga bahan-bahan binaan telah lama digunakan tetapi sehingga sekarang masih terdapat kelemahan-kelemahan terutamanya dari segi ketidaktepatan nilai pengiraan yang dihasilkan. Ini adalah kerana indek kos bangunan yang digunakan sekarang tidak dapat mengambarkan jumlah pertambahan atau pengurangan kos bahan yang sebenar yang perlu dibayar atau dipotong dari kontraktor kerana pembentukan indek tidak mengambilkira pecahan kos mengikut jenis bahan serta masa penggunnan bahan binaan di tapak. Sehubungan dengan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menghasilkan satu kaedah pengiraan imbuhan balik turun naik harga bahan-bahan binaan yang lebih tepat dengan berdasarkan kepada kaedah Bahagian Kerja. Berdasarkan kepada temubual yang dijalankan di antara pihak JKR dan JPM, adalah didapati bahawa kaedah pengiraan imbuhan balik turun naik harga bahan-bahan binaan yang digunakan sekarang adalah tidak dilakukan dengan tepat dan masih terdapat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Ketepatan pada sesuatu pengiraan adalah bergantung kepada tiga peringkat utarna iaitu peringkat pembentukan wajaran indek, peringkat pembentukan indek bangunan dan perlaksanaan peruntukan ( pengiraan ). Daripada kajian ini, dengan menggunakan kaedah pecahan Bahagian Kerja, analisa kos dijalankan ke atas bangunan yang sama kategori iaitu bangunan konkrit tetulang dua hingga empat tingkat berbumbung curam. Penganalisaan taburan kos setiap Bahagian Kerja ini dilakukan dengan berdasarkan kepada pembayaran interim bulanan yang pertama sehingga kepada bayaran yang terakhir ( tidak termasuk bayaran muktamad ). Analisa kos ini dilakukan dengan berdasarkan kepada masa penggunaan sesuatu bahan binaan di tapak binaan pada peringkat penyiapan kerja yang berlainan iaitu 20%, 40%, 60%, 80% dan 100%. Hasilnya, taburan pecahan peratusan Bahagian Kerja bagi sesebuah bangunan dapat dibentuk. Dengan adanya taburan pecahan peratusan ini maka ia boleh digunakan untuk membentuk nilai wajaran indek yang lebih tepat. Dengan pembentukan kaedah pengiraan yang baru, adalah diharapkan agar pihak JKR dapat menggunakannya sebagai satu alternatif yang baik dalam menghasilkan nilai wajaran indek bangunan yang lebih tepat.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000001472 HD9715.O64 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000003107392 HD9715.O64 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page