Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Peranan perumahan awam di Wilayah Persekutuan (Kes kajian : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
Title:
Peranan perumahan awam di Wilayah Persekutuan (Kes kajian : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur)
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 4359 ra
Abstract:
Masalah bekalan perumahan merupakan satu daripada isu-isu kepentingan orangramai yang sentiasa dibincangkan oleh pelbagai pertubuhan-pertubuhan seperti persatuan-persatuan pengguna, ahli-ahli perancangan dan tenaga-tenaga akademik. Pandangan-pandangan mereka menunjukkan bahawa bekalan perumahan masakini tidak memenuhi permintaan masyarakat terutamanya bagi mereka yang berpendapatan sederhana dan rendah. Dalam konteks Kuala Lumpur, keperluan perumahan bukan sekadar untuk tempat berteduh tetapi merupakan keperluan untuk mempunyai sebuah rumah yang berpatutan, dimiliki sendiri dan terletak di persekitaran yang selesa. Rancangan Malaysia Keempat telah menekankan kepada peruntukkan perumahan sebagai satu komponen yang penting diantara program-program membasmi kemiskinan. Namun demikian, perumahan yang sah di Wilayah Persekutuan masih diluar keupayaan dan kemampuan kebanyakan penduduknya, terutama golongan yang berpendapatan rendah. Penulisan ini ingin memaparkan peranan yang dimainkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang merupakan agen perumahan awam yang utama di Wilayah Persekutuan didalam mengatasi masalah perumahan yang agak meruncing di Wilayah Persekutuan. Seterusnya, penulisan ini juga bertujuan untuk mengkaji sejauh mana pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berjaya memainkan peranannya untuk mengatasi masalah perumahan dengan membuat unjuran ke atas projek-projrk perumahan awam yang dilaksanakan oleh pihak Dewan bandaraya Kuala Lumpur. Kajian juga akan dibuat terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur didalam melaksanakan projek-projek perumahan awamnya. Penulis juga akan mengkaji aspek pengurusan perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Adalah diharapkan dari unjuran-unjuran yang akan dilakukan, penulis akan dapat memberikan cadangan-cadangan yang dapat dijadikan panduan bagi mengatasi masalah perumahan di Wilayah Persekutuan pada masa akan datang.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000004456 HD7363.6.K82 R33 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page