Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Ancaman hakisan pinggir laut keatas penempatan nelayan : penyelesaian melalui pendekatan perancangan
Title:
Ancaman hakisan pinggir laut keatas penempatan nelayan : penyelesaian melalui pendekatan perancangan
Personal Author:
Abstract:
Pendekatan Perancangan atau semulajadi belum dipraktiskan di Malaysia dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ancaman hakisan pinggir laut. Walau bagaimanapun didapati pendekatan tersebut telah mencapai kejayaan yang menggalakkan di negara-negara maju seperti kanada dan Amerika Syarikat. oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kawedah-kaedah yang boleh digunakan mengikut Pendekatan Perancangan atau Semulajadi agi menimimakan ancaman hakisan dengan tumpuan khas kepada petempatan nelayan. Di peringkat kajian teotitis, meliputai konsep hakisan Pinggir Laut dan kesannya keatas Aspek-aspek Petempatan. kedua-dua komponen ini dapat mendedahkan agensi-agensi perancangan terutamanya pihak berkuasa tempatan kepada bidang-bidang yangboleh diceburi. Ini dapat menyedarkan agensi-agensi tersebut bahawa masalah ancaman hakisan pinggir laut merupakan fungsi kepada jururancang bandar dan tidak semata-mata kepada jurutera awam. Daripada kajian lapangan yang dijalan berdasarkan bidang kajian seperti dalam kajian teoritis, telah menunjukkan bahawa masalah ancaman hakisan perlu diselesaikan dengan kadar yang segera, melalui Pendekatan Perancangan atau Semulajadi. Walaubagimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu penggunaan pemdekatan tersebut perlu diselaraskan dengan pendekatan kejuruteraan terutama yang berbentuk sementara. Diperingkat cadangan, tumpuan diberikan kepada penggunaan teknik aperancangan tapak, perancangan lanskap dan pengwalan perancangan, penyediaan suatu garispanduan perancangan perkampungan nelayan pinggir laut dan mengenalpasti agensi-agensi perlaksana. Garispanduan perancangan petempatan pinggir laut dapat membantu pihak berkuasa tempatan bagi merancang kawasan petempatan nelayan pinggir laut dengan mengambil kira faktor ancaman hakisan. Agensi-agensi yang turut terlibat disamping pihak berkuasa tempatan telah dikenalpasti seperti Jabatan Hutan dan Jabatan Alam Sekitar untuk menghasilkan jenjtera dan sistem pengawalan yang komprehensif.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003406 GB460.A5 A94 1989 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003985 GB460.A5 A94 1989 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page