Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pengekalan hutan bakau dan fungsinya dalam kawalan pencemaran air : kajian kes : Sungai Kuantan, Pahang Darul Makmur
Title:
Pengekalan hutan bakau dan fungsinya dalam kawalan pencemaran air : kajian kes : Sungai Kuantan, Pahang Darul Makmur
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8031 ra
Abstract:
Hutan bakau merupakan komponen ekosistem muara yang mana keluasannya mencapai 600,000 hektar di nagara kita. Spesis bakau yang dominan ialah seperti Avicennia alba, Rhizophora apiculata, Rhizophora mucronata, Ceriops tagal, Bruguiera cylindrica dan beberapa spesis lain yang keseluruhannya berjumlah 30 spestes (Wyatt-Smith, 1960). Manakala dikawasan kes, terdapat lebihkurang 268ekar kawasan bakau yang terletak menyusuri Sungai Kuantan seperti hutan bakau Tg. Lumpur dan Kemunting (Rancangan Struktur Majlis Perbandaran Kuantan, 1992). Daripada Rancangan Majlis Perbandaran Kuantan juga, Sungai Kuantan telah dikenalpasti mengalami masalah pencemaran yang tertumpu di kawasan muara sungai tersebut (Tanjung Api). Oleh yang demikian kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk memperlihatkan faedah usaha pengekalan hutan bakau di kawasan kes yang membolehkan hutan bakau tersebut berfungsi sebagai agen dalam memelihara kualiti air di kawasan kes. Kajian ini dibahagikan kepada tiga skop utama iaitu kajian ekosistem bakau, kajian penjanaan bahancemar daripada gunatanah dan juga kajian kualiti air. Melalui kajian ekosistem bakau, hubungkait di antara bahancemar dengan proses pertumbuhan spesis bakau ditunjukkan melalui teori kitaran nitrogen dalam ekosistem bakau. Ianya menunjukkan bagaimana bahancemar seperti MH3N, NO3N dan juga Organik N berfungsi dalam ekosistem bakau terutamanya untuk proses pertumbuhan bakau. Dengan pertimbangan teori kitaran nitrogen ini, NH3N telah dipilih sebagai indikator pencemaran air bagi konteks kajian ini. Di dalam kajian penjanaan bahancemar daripada gunatanah pula, gunatanah punca pencemaran NH3N adalah kilang pemerosesan getah dan juga effluen perumahan. Melalui kajian ini juga, anggaran penjanaan NH3N dijalankan dengan menggunakan kaedah material loadingsyang menggunakan maklumat penjanaan sisa cair daripada punca-punca tersebut. Nilai penjanaan NH3N ini kemudiannya dikaitkan dengan kedudukan kualiti airdikawasan kes melalui kajian kualiti air. Analisis menunjukkan hubungan yangsignifikan di antara taburan hutan bakau dengan konsentrasi NH3N sepanjang stesen kawalan kualiti air Sungai Kuantan. Ini ditunjukkan oleh nilai koeffisien korelasi 'r' iaitu 0.83 pada tahun 1986 dan meningkat kepada 0.85 pada tahun 1992. Ini adalah disebabkan oleh pengurangan keluasan hutan bakau oleh beberapa projek baru taman perumahan. Ini juga menyebabkan pertambahan kadar penyerapan NH3N oleh hutan bakau daripada 0.03 Mg/I/km2 pada tahun 1986 kepada 0.17 Mg/I/km2 pada tahun 1992. Jika tiada langkah kawalan penerbangan hutan bakau ataupun usaha menanam semula, adalah dijangkakan kadar penyerapan ini terus meningkat kepada 2.71 Mg/I/km2 pada tahun 2010 dan mencapai tahap toksinya dalam beberapa masa selepas tempoh tersebut. Daripada kajian kualiti air dan juga penjanaan bahancemar, adalah dikenalpasti bahawa kilang pemerosesan getah adalah merupakan punca utama pencemaran NH3N di Sungai Kuantan (r =0.88). Oleh yang demikian, adalah dicadangkan bahawapihak Majlis Perbandaran Kuantan perlu menjalankan usaha menanam semula bakau di kawasan Tanjung Api untuk meningkatkan kembali kualiti air di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, ini perlu juga diikuti oleh kawalan pelepasan sisa cair daripada gunatanah berkenaan yang mengancam tahap penerimaan hutan bakau.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah)--Universiti Teknologi Malaysia, 1994.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000000067 HD890.6 Z8 K845 1994 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002368193 HD890.6.Z8 K845 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page