Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Tabung angkatan tentera : penglibatannya dalam pelaburan hartanah
Title:
Tabung angkatan tentera : penglibatannya dalam pelaburan hartanah
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrifilem : mikrofilem 3137 ra
Abstract:
Selain daripada menjalankan tugas-tugas ketenteraan, angkatan tentera juga terlibat dalam berbagai-bagai aktiviti lain yang berbentuk juga terlibat dalam berbagai-bagai aktiviti lain yang berbentuk kebajikan dan pelaburan modal secara tidak langsung. Penulis akan mengkaji dari sudut ilmiah yang mana akan menunjukkan penglibatan angkatan tentera secara tidak langsung di dalam pembangunan harta di bawah kawalan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Penglibatannya dalam pembangunan harta adalah melalui penyediaan modal yang dihasilkan dari pelaburan suntikan (injection) iaitu kemasukan bulanan secara potongan tertentu dari gaji setiap anggota tentera yagn terlibat. Mereka akan menerima pulangan tahunan di mana kadarnya berubah bergantung kepada keuntungan tahunan dari aktiviti pelaburan dan berbagai kos pentadbiran yang ebrubah dari semasa ke semasa. LTAT telah menampakkan ciri-cirinya sebagai sebuah institusi yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti pelaburan melalui pembangunan harta dan pasaran wang. Di peringkat awal pebubuhannya, pelaburan wang ke dalam simpanan tetap, simpanan semasa, pemberian pinjaman dan lain-lain bentuk pelaburan merupakan aktiviti utama untuk menambahkan kumpulan modalnya. tetapi sejak kebelakangan ini aktiviti pembangunan harta dari jenis perdagangan, kdeiaman dan pertanian semakin diberi penekanan dengan menggunakan kumpulan modal tersebut. Bagi melicinkan perkrembangan pembangunan hartanya, struktur organisasinya telah diperkemaskan lagi dengan menubuhkan Bahagian Pelaburan dan Jabatan Pembangunan Harta serta Penel Pelaburan sebagai badan yang mengawal jenis dan alternatif aktiviti pembangunan harta. Sehingga penghujung tahun 1982 sahaja, sejumlah lima perpuluhan sembilan juta ringgit pendapatan bersih dan sembilan ratus juga ringgit jumlah harta telah dikumpulkan dengan kadar pulangan kepada pelabur sebanyak lapan perpuluhan enam peratus setahun.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005745 HD890.6.Z7 S93 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page