Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penghijrahan penduduk ke Kuala Lumpur dan kesannya keatas sektor perumahan
Title:
Penghijrahan penduduk ke Kuala Lumpur dan kesannya keatas sektor perumahan
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 4360 ra
Abstract:
Penghijrahan yang pesat kebandaraya Kuala Lumpur pada masa sekarang meliputi penghijrahan dari dalam dan luar negeri. Tetapi kajian ilmiah ini lebih menumpukan kepada penghijrahan dari dalam negeri. Penghijrahan dari dalam negeri kebandaraya ini terdiri daripada penghijrahan dari luar-bandar dan dari bandar lain. Penghijrahan ini terbagi kepada dua jenis iaitu kekal dan sementara. Dari analisa penghijrahan penduduk kebandaraya ini dan kesannya keatas sektor perumahan, dapat dilihat beberapa pola penghijrahan penduduk dan kaitan pola-pola ini dengan hukum-hukum penghijrahan. Juga, daripada kajian ini dapat diketahui bahawa penghijrahan masuk yang dianggarkan sekarang sebanyak 1.4% setahun adalah menjadi faktur yang berpengaruh terhadap perkembangan penduduk Kuala Lumpur ini. Faktur yang menyebabkan penghijrahan terbagi kepad adua faktur besar iaitu penolak dan penarik. Daripada beberapa faktur kecil yang terdapat didalam kedua-dua faktor ini, telah didapati bahawa fktur ekonomilah yang paling berpengaruh. Penghijrahan yang pesat kebandaraya ini tidak dapat tidak mendatangkan kesan keatas sektor perumahan. Kesan yang telah dikaji dan dilihat daripada penghijrahan termasuklah kesan langsung dan juga kesan berkait. Penghijrahan bukan saja mempengaruhi permintaan dan penawaran rumah, tetapi juga nilai-nilai tanah perumahan, harga bahan binaan pendudukan tanah secara haram (Setingan) dan penglibatan pihak-pihak awam bagi menyelesaikan masaalah perumahan. Kehadiran penghijrahan-penghijrah yang ramai, yang telah membawa masalah keatas sektor perumahan ini memerlukan penyelesaian segera. Cara yang paling baik bagi menyelesaikan masaalah tersebut ialah dengan menyekat penghijrahan masuk kebandaraya ini seperti yang dinyatakan dibahagian cadangan didalam bab akhir.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000007294 HB2309 M63 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002392805 HB2309 M63 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page