Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Gunapakai teknik shift-share dalam menganalisis perkembangan industri pembuatan : kajian kes : Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Wilayah Kejora)
Title:
Gunapakai teknik shift-share dalam menganalisis perkembangan industri pembuatan : kajian kes : Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Wilayah Kejora)
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1992
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7896 ra

Kertas Projek (Sarjana Muda Perancangan Bandar & Wilayah) Universiti Teknologi Malaysia, 1992
Abstract:
Perkembangan sesebuah wilayh umunya berbeza di antara satu wilayah dengan wilayah yang lain. perkembangan wilayah secara keseluruhannya dapat dijanakan melalui penumpuan terhadap pembangunan industri pembuatan. Wilayah KEJORA kini merupakan salah sebuah wilayah yang sedang menumpukan pembangunan ekonominya di dalam sektor pembuatan bagi mencapai kemajuan dan secara langsung mengurangkan masalah ketidakseimbangan antara wilayah di Negeri Johor. Dengan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menentukan dan memilih jenis industri yang sesuai untuk digalakkan agar prestasi perkembangan industri pembuatan di Wilayah KEJORA terus meningkat. Kaedah utama yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah Teknik Shift-Share. teknik ini dipilih kerana sifatnya yang 'Disagregate'. ia mempunyai dua komponen shift, iaitu 'Differential Shift' (DiR) yang berupaya menentukan jenis industri yang mempunyai kelebihan lokasi dan komponen 'Proportionality Shift' (PiR) yang boleh menentukan jenis industri yang berkembang pesat pada peringkat negara atau negeri. Hasil penemuan DiR dan PiR ini seterusnya dinilai pula dengan perkembangan semasa industri pembuatan dengan menggunakan 'Analysis Table'. Secara keseluruhannya, berasaskan penemuan didapati industri perabot, produk getah, elektronik, pengeluaran makanan, kertas dan percetakan, produk tekstil, bahan binaan dan industri logam adalahantara jenis-jenis industri terpilih ini merupakan industri yang berkembang pesat pada peringkat negeri serta juga berasaskan kemampuan Wilayah KEJORA dari segi faktor kebaikan loaksi. Selain daripada itu penggunaan 'Analysis Table' ini juga bertujuan untuk menilai kesesuaian Teknik Shift-Share, Keseluruhannya, didapati teknik ini adalah sesuai dan bermanfaat untuk digunapakai dalam menganalisis perkembangan industri pembuatan sesebuah wilayah. Walaubagaimanapun dalam menggunapakainya, beberapa syarat penting perlu di ambilkira. Pertamanya; ia perlu disokong oleh beberapa teori seperti Teori Lokasi Industri dan kaedah Location Quotient, keduanya; perlu dikaji potensi dan masalah semasa perkembangan industri dan yang ketiganya; data yang dikumpul juga mesti lengkap dan terkini. Syarat-syarat tersebut perlulah dipatuhi bagi menjamin keberkesanan penggunaan Teknik Shift-Share.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002190498 HD5701.7 S34 1992 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page