Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Satu tinjauan mengenai pengaruh iklan di televisyen terhadap pembelian makanan ringan di kalangan pelajar Sekolah Menengah Rendah
Title:
Satu tinjauan mengenai pengaruh iklan di televisyen terhadap pembelian makanan ringan di kalangan pelajar Sekolah Menengah Rendah
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 8554 ra
Abstract:
Kajian ini bertujuan mengetahui pengaruh iklan di televisyen dalam pembelian makanan ringan di kalangan pelajar sekolah menengah rendah di Daerah Manjung. Seramai 105 orang pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 dari tiga buah sekolah di daerah tersebut terlibat dalam kajian ini. Responden merupakan pelajar yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat di daerah tersebut. Dapatan-dapatan tinjauan ini diperolehi melalui satu soal selidik. Kaedah analisis data dijalankan secara statistik deskritptif termasuk frekuensi dan peratusan dengan program SXii. Hasil kajian menunjukkan responden dipengaruhi oleh pendedahan iklan makanan ringan di televisyen walaupun guru dan ibu ada memberi didikan dan nasihat tentang pemakanan yang baik. Dengan itu pihak Kementerian Pendidikan, sekolah dan ibubapa diharapkan memberi lebih perhatian kepada pemakanan seimbang para pelajar. Selepas ini satu kajian lanjutan patut dilaksanakan untuk mengetahui kekerapan pembelian makanan ringan dan kesan pemakanan ini kepada pelajaran supaya orang ramai lebih peka terhadap pengaruh iklan dan menitik-beratkan tabiat pemakanan seperti mana pendidikan anak-anak mereka.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000003247750 HF6161.F616 Y78 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page