Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kriteria pengukuhan ke atas tanah lembut terstabil
Title:
Kriteria pengukuhan ke atas tanah lembut terstabil
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7846 ra
Abstract:
Keadaan tanah lembut boleh distabilkan secara pengukuhan oleh pengaliran air keluar dengan bermacam kaedah seperti elektromosis, lapisan pasir, saliran pasir, saliran kimia dan berbagai-bagai lagi. Namun begitu, kaedah penstabilan tanah secara mekanikal umpamanya tanah berbijian atau bahan kimia sepertisimen, kapur, kapur-gipsum dan sebagainya telah dijalankan dinegara kita memandangkan kosnya yang rendah berbanding lain-lain kaedah. Satu siri ujian makmal telah dijalankan bagi mencapai objektif kajian iaitu untuk menentukan ciri-ciri pengukuhan keatas tanah lembut dan juga tanah lembut bercampur bahan tambah. Takrifan ciri-ciri pengukuhan lebih merupakan kepada penentuan nilai-nilai indeks mampatan Cc, pekali pengukuhan Cv dan pekali kemampatan isipadu Mv. Sampel disediakan dengan pencampuran 10% simen, 10% kapur dan 10% kapur - Gipsum keatas tanah lembut mengikut jisim kering tanah dan diawet dalam pendingin selama 24 jam, 20 hari dan 40 hari bagi mengekalkan kandungan lembapan. Ujian pengukuhan yang dijalankan menggunakan sellingkaran terikat cedometer mengikut BS 1377 : 1975 Ujian 17 dimana saiz spesimen yang digunakanadalah 75 mm diameter dan 20 mm tinggi. Secara amnya daripada ujian yang dijalankan bolehlah disimpulkan bahawa kekuatan tanah yang distabilkan dengan bahan tambah adalah lebih tinggi berbanding dengan yang tidak distabilkan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001945991 TA710.5 K52 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page