Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pengoptimaan rasuk keluli
Title:
Pengoptimaan rasuk keluli
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM., 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7844 ra
Abstract:
Projek ini bertujuan untuk memperolehi saiz yang optimum untuk suatu rasuk keluli dalam keadaan sokong mudah di bawah suatu pembebanan yang ditentukan. Pengoptimaan dalam sesuatu struktur akan melibatkan pemilihan bentuk dan juga sifat fizikal bahan tersebut tetapi dalam projek ini hanya keratan bulat berongga (CHS) akan dipertimbangkan. Untuk mencapai hasrat projek ini, berbagai kaedah pengoptimaan akan dikaji dan jika diperlukan suatu aturcara dalam bahasa Fortran 77 akan ditulis untuk menyelesaikan maslah pengoptimaan itu. Anu-anu yang hendak dioptimakan adalah dimensi rasuk tersebut, yang hasilnyaadalah bergantung kepada kekangan struktur seperti kekuatan bahan, tegasan lentur yang dibenarkan, pesongan maksimum yang dibenarkan dan tegasan ricih yang dibenarkan. Kaedah berdasarkan modul-modul matematik seperti kaedah cari terus ("direct search method"), pengaturcaraan lelurus, pengaturcaraac dinamik, pengaturcaraan geometrik dan kaedah rangkap-rangkap denda telah dikaji tetapi hanya kaedah cari terus dan kaedah pengaturcaraan geometrik yang sesuai dengan masalah projek ini. Akhir sekali, hasil daripada rekabentuk berdasarkan kod amalan akan digunakan untuk membandingkan hasil yang diperolehi. Dengan perbandingan ini, kesimpulan dapat dibuat mengenai kaedah yang lebih sesuai digunakan sebagai kaedah alternatif dalam merekabentuk rasuk.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001433683 TA658.8 S44 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page