Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian peranan dan prospek pengangkutan beca
Title:
Kajian peranan dan prospek pengangkutan beca
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1986
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2205 ra
Abstract:
Pengangkutan beca merupakan salah satu mod Pengangkutan Awam Perantaraan (Intermediate Public Transport - IPT) yang paling 'simple'dan popular di bandar Asia Tenggara; termasuk Bandar Melaka iaitu kawasan kajian latihan ilmiah ini. Pengangkutan beca di Bandar Melaka telah dikenalpasti mempunyai beberapa peranan. Salah satu peranan yang utama adalah ia memberi perkhidmatan sokongan kepada sistem pengangkutan awam sedia ada terutamanya di setengah kawasan pusat bandar. Peranan ini didorong oleh faktor-faktor seperti rangkaian jalan sempit menyebabkan perkhidmatan bas tidak dapat diberikan; perkhidmatan bas kurang memuaskan dan perkhidmatan teksi kurang popular di pusat bandar. Perkhidmatan beca secara pintu ke pintu, 'convenient' dan 'flexible' adalah antara sebab-sebab mengapa beca mendapat sambutan dari suri rumahtangga, peruncit dan murid-murid sekolah. Di samping itu, beca yang mempunyai ciri-ciri fizikal dan perkhidmatan yang untik telah menjadi alat pengangkutan pelancongan yang popular, khususnya bagi pelancong luar negeri. Pengangkutan beca juga telah dikenalpasti sebagai suatu sumber pekerjaan kepada mereka yang kurang berkemahiran serta menganggur. Dari segi prospek, berdasarkan peranan dan potensi beca, dijangkakan masa depan beca adalah menggalakkan, khususnya dalam sektor pelancongan. Ini dapat disokong oleh polisi pelancongan dan polisi pemuliharaan. Nammun demikian, beberapa isu dan masalah beca telah menjadi penghalang kepada perkembangan masa depannya. Ini termasuk ketiadaan polisi tegas untuk menggalakkan pengangkutan beca iaitu kawalan dan menghadkan lesen baru untuk beca; persaingan dengan mod pengangkutan lebih cekap; masalah perletakan beca; kesukaran pergerakan beca akibat daripada kesesakan dan keadaan jalan yang kurang baik. Oleh demikian, antara langkah-langkah untuk menyelesai masalah dan menggalak potensi beca telah dicadang. 1) pembaikan jalan yang kurang baik untuk memudahkan pergerakan beca dan lalulintas yang lain (2) menyediakan kemudahan perletakan beca atau stesen beca di kawasan tumpuan orang ramai bagi mengelakkan masalah kesesakan dan memudahkan pengguna beca (3) mengkaji semula polisi perlesenan beca bagi keperluan perkembangan selaras dengan arus pembangunan semasa (4) program mengalakkan beca dalam aktiviti pelancongan (5) penubuhan Jawatankuasa Penyelaras Beca untuk mengurus dan merancang segala urusan mengenai pengangkutan beca.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003917 HE311.M32 M49 1986 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003962 HE311.M32 M49 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page