Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Faktor pendapatan, kos perjalanan dan jarak dari tempat kerja dalam mempengaruhi pemilihan lokasi tempat tinggal
Title:
Faktor pendapatan, kos perjalanan dan jarak dari tempat kerja dalam mempengaruhi pemilihan lokasi tempat tinggal
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 7450 ra
Abstract:
Keperluan terhadap tempat tinggal semakin bertambah dari masa ke semasa. Walaupun begitu, tidak semua tempat tinggal yang ditawarkan dikehendaki oleh orang ramai. Hanya tempat tinggal yang mempunyai kelebihan tertentu sahaja yang diminati oleh mereka. Adalah menjadi matlamat kajian ini untuk mengkaji pola dan corak lokasi tempat tinggal berdasarkan kombinasi antara faktor pendapatan, kos perjalanan dan jarak dari tempatkerja. Oleh itu, bagi mencapai matlamat tersebut beberapa objektif telah dibentuk yang merangkumi kajian secara terperinci terhadap teori-teori letakan gunatanah, faktor-faktor yang terlibat dalam pemilihan lokasi tempat tinggal dan analisis kombinasi faktor di atas. Kajian ini merangkumi dua skop terpenting, iaitu kajian secara teoritikal dan kajian secara empirikal. Kajian secara teoritikal melibatkan kajian terhadap model organisasiruang, konsep sewa tanah dan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan lokasi tempat tinggal. Manakala kajian secara empirikal pula menganalisiskan faktor-faktor yang terlibat di kawasan kajian. Data-data dari soalselidik dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan dan kaedah regresi. Daripada analisis tersebut dapat disimpulkan bahawa pemilihan lokasi tempat tinggal bukan sahaja dipengaruhi oleh faktor pendapatan, kos perjalanan dan jarak dari tempat kerja. Tetapi ia jugadipenggaruhi oleh faktor-faktor lain seperti faktor kemudahan sosial, citarasa, keluarga dan sebagainya. Oleh itu, hipotesis teori yang menyatakan bahawa lokasi tempat tinggal dipenggaruhi oleh faktor pendapatan, kos perjalanan dan jarak dari tempat kerja adalah tidak berlakudi kawasan kajian.
Subject Term:
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda))-Universiti Teknologi Malaysia, 1991.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000000226245 HD7287.55 S36 1991 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page