Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian adunan tiga bahan polimer polietilena, polipropilena dan getah asli
Title:
Kajian adunan tiga bahan polimer polietilena, polipropilena dan getah asli
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7681 ra
Abstract:
Penyelidikan yang dijalankan ini bertujuan untuk menentukan sifat-sifat fizikal getah teradun iaitu diantara PP/HDPE/SMRCV. Kajian yang dilakukan adalah meliputi pengujian kekuatan regangan, kekerasan dan kekuatan hentaman. Hasil daripada penyelidikan ini didapati penambahan komposisi PP dalam pengadunan, akan mengurangkan peratus pemanjangan, meningkatan kekuatan regangan pada takat putus dan meninggikan modulus kebolehlenturan adunan yang terhasil. Sifat kekerasan dan kekuatan hentaman juga bertambah ini menunjukkan sifat kerapuhan adunan semakin bertambah dengan penambahan komposisi PP. Melalui adunan ini didapati sifat fizikal getah asli yang mempunyai keanjalan yang tinggi dan sifat fizikal plastik yang keras dan rapuh, ditukar kepada satu polimer baru yang terletak ditengah-tengah antara keduanya, bergantung kepada nisbah komponen-komponen yang diadunkan. Polimer yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri getah termoplastik yang sangat baik dari segi ekonomi iaitu kos pengeluaran dan mengelakkan pembaziran kerana hasil boleh dikitar semula selepas digunakan. Walaupun perkembangan adunan polimer ini masih baru, ianya didapati sesuai digunakan dalam industri pembuatan komponen kenderaan, industri kasut dan industri komponen elektrik serta elektronik.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kimia) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000010084145 TS1927.E86 A43 1991 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page