Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Amalan proses kelulusan perancangan kajian kes : Kuantan
Title:
Amalan proses kelulusan perancangan kajian kes : Kuantan
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 2801 ra
Abstract:
Bagi memastikan semua cadangan pembangunan memenuhi segala kehendak kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan lain-lain jabatan terlibat, pemeriksaan perlu dibuat keatas cadangan pembangunan tersebut. Ia akan diperiksa oleh pihak berkuasa negeri dan pihak berkuasa tempatan. Sebelum keputusan dikeluarkan, kedua-dua pihak berkuasa tersebut akan membuat rujukan kepada lain-lain jabatan yang terlibat untuk mendapatkan pandangan dan ulasan. Proses ini dipanggil Proses Kelulusan Perancangan. Apa yang menjadi persoalan sekarang didapati bahawa berlaku kelewatan dalam PKP. Ia berpunca dari dua faktor utama iaitu pihak jabatan yang terlibat dan juga pihak pemaju atau pemohon. Di pihak jabatan terlibat sering berlaku perubahan polisi dan percanggahan polisi, banyak jabatan yang dirujuk dan setiap jabatan terlibat menggunakan masa yang lama untuk memproses kelulusan perancangan. Kelewatan juga berpunca dari pemaju atau pemohon kerana tidak dapat memenuhi syarat-syarat dan kehendak-kehendak yang ditetapkan dalam PKP. Kelewatan dalam PKP boleh memberi implikasi negatif kepada semua pihak yang terlibat dan akan melembapkan aktiviti pembangunan. Tindakan tegas perlu diambil kearah menyelesaikan masalah diatas. Dua pendekatan telah dikenalpasti iaitu strategi jangkapendek dan strategi jangkapanjang. Strategi jangkapendek lebih kepada memperbaiki masalah-masalah semasa dalam mendapatkan kelulusan perancangan. Cadangan ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak terlibat. Manakala strategi jangkapanjang pula lebih khusus kepada pihal jabatan terlibat dan perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya lima tahun akan datang. Cadangan-cadangan tersebut perlu dilaksanakan secara menyeluruh dengan kerjasama rapat dari semua pihak terlibat untuk membolehkan PKP diproses dalam jangkamasa yang singkat. Dengan perlaksanaan cadangan di atas akan dapat mengatasi atau mengurangkan masalah PKP dan mengurangkan implikasi negatif keatas semua pihak yang terlibat. Seterusnya akan lebih melicinkan perjalanan perancangan dan lebih menggalakkan aktiviti pembangunan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003910 HT169.M32 K8414 1987 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003042 HT169.M32 K8414 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
-133251 HT169.M32 K8414 1987 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page