Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perancangan dan pengawalan masa peringkat pra-pembinaan
Title:
Perancangan dan pengawalan masa peringkat pra-pembinaan
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7928 ra
Abstract:
Perancangan dan pengawalan masa adalah satu aspek yang penting dalam pengurusan projek terutamanya diperingkat pra-pembinaan, bagi menjamin aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada peringkat rekabentuk dapat disiapkan mengikut masa yang dirancangkan. Pengawal masa perlu dibuat dengan sebaik mungkin keranaproses pembangunan melibatkan berbagai aktiviti, prosidur dan pihak yang terlibat. Oleh itu adalah menjadi tugas Pengurus Projek untuk mengkoordinasikansemua aktiviti terlibat supaya proses pembangunan ditiap peringkat akan mendapati kelulusan pada masa yang dirancang. Disamping itu, perancangan yang teliti dari segi aktiviti yang akan dijalankan perlu dibuat dengan mengambilkira semua prosidur yang terlibat dan keperluan-keperluan Pihak Berkuasa Tempatan. Oleh itu melalui projek khas ini, perbincangan dibuat tentang prosidurperancangan yang perlu diikuti oleh seorang Pengurus Projek didalam mempercepatkan proses kelulusan. Teknik-teknik yang boleh digunakan bagi tujuan pengawalan diperingkat pra-pembinaan juga dibincangkan cara penggunaannya. Dengan perbincangan teknik-teknik tersebut, ia boleh menjadi sebagai panduan kpeada pemaju untuk merancang prosidur serta pengawalan yang perlu dilakukan. Melalui pendekatan dalam perancangan dan pengawalan masa yang dibincangkan, satu kajian dibuat dengan secara temubual untuk melihat setakat mana prosidur perancangan dan pengawalan masa itu diamalkan secara praktis. Hasil kajian tersebut akan menunjukkan apakah teknik-teknik dan prosidur yang biasa digunakan dan diamalkan oleh Pengurus Projek dalam kawasan kajian. Seterusnya penulis akan merumuskan satu penemuan dari segi prosidur perancangan yang menjadi amalan, teknik yang biasa digunakan dan masalah yang dihadapi dalam melaksanakannya serta memberi cadangan-cadangan untuk memperbaiki sistem yang ada kepada satu sistem yang lebih baik yang perlu diamalkan oleh semua Pengurus Projek.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda dan Penilaian)--Universiti Teknologi Malaysia, 1993.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002186934 HD9715.A2.A95 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page