Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pembangunan hartanah kediaman : pembiayaan oleh bank-bank perdagangan
Title:
Pembangunan hartanah kediaman : pembiayaan oleh bank-bank perdagangan
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1985
Abstract:
Bank-bank perdagangan merupakan satu sumber tradisional yang memainkan peranan penting dalam membiayai sesuatu projek perumahan. Telahpun diakui bahawa, sejak dari dua dekad yang lalu, dengan kemudahan pinjaman dari bank-bank perdagangan industri perumahan telah berkembang dengan pesatnya. Hari ini, pihak bank bersikap lebih berhati-hati dalam memberikan pinjaman. Dalam masa yang sama, kos pinjaman yang tinggi di sebut sebagai salah satu punca yang menyebabkan hanya kira-kira 22% sahaja dari matlamat asal di bawah Rancangan Malaysia Keempat (RME) telah dapat dicapai bagi tempuh 1981 - 83. Mengikut kajian Separuh Penggal RME, kira-kira 199,740 unit rumah dapat disiapkan dari jumlah keseluruhan 923,300 unit. Meneliti kepada situasi tersebut, kajian ini bertujuan untuk memaparkan sejauh mana peranan bank perdagangan, kepentingan dan pengaruh mereka terhadap kegiatan pembangunan perumahan di negara ini. Untuk memenuhi objektif ini, tumpuan adalah diberi kepada tiga aspek penting iaitu prosedur pinjaman, polisi dan cara pembiayaan sesuatu projek. Hasil dari tinjauan yang menyeluruh terhadap keadaan pasaran dan kegiatan perumahan negara ini, satu rumusan dicapai di akhir kajian mengenai kepentingan pihak bank sebagai salah satu faktor penting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek perumahan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001073166 HD1390 A98 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
-14944 HD1390 A98 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page