Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian tentang perlaksanaan projek segera sekolah-sekolah di seluruh negara
Title:
Kajian tentang perlaksanaan projek segera sekolah-sekolah di seluruh negara
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1986
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : MFL 1703 ra
Abstract:
Pada pertengahan tahun 1982, ketika Negara mula mengalami kemelesetan ekonomi pembinaan sebanyak 560 buah projek sekolah yang dianggarkan berjumlah $277 juta ringgit telah ditangguh. Penangguhan projek tersebut telah membebankan Kementerian Pelajaran khasnya dan Kerajaan amnya dengan masalah pembelajaran yang merumitkan seperti kekurangan bilik darjah, asrama, makmal sains dan rumah kediaman kakitangan dengan pertambahan jumlah bilangan murid-murid sekolah. Pada awal tahun 1984, Jawatankuasa Kabinet Kerajaan Malaysia telah meluluskan peruntukan sebanyak $120 juta untuk membina 525 buah sekolah di Semenanjung Malasia, dan sebanyak $60 juta ringgit lagi di Sabah dan Sarawak. Rancangan pembinaan sekolah-sekolah di seluruh negara ini dinamakan 'Projek Segera' kerana mesti dilancarkan pada bulan Jun atau Julai 1984 dan disiapkan pada akhir bulan Disember 1984, yakni dalam jangkamasa 6 bulan sahaja. Kajian keatas Projek Segera ini dibuat ialah untuk mengetahui sejauh mana kejayaan projek tersebut serta mengkaji kaedah pelaksanaan projek; masalah dan kesulitan yang timbul; meninjau usaha-usaha Kerajaan dalam membantu dan meninggikan taraf penyertaan Kontraktor Bumiputra dalam bidang pembinaan; juga menyelidik kaedah pengurusan dan pengawasan projek oleh Kontraktor Bumiputera. Dalam dissertasi ini, kajian hanya ditumpukan kepada projek bangunan dua tingkat atau lebih, yakni yang mengandungi kerja-kerja asas, cerucuk, kerja-kerja tanah dan superstruktur bangunan sekolah, makmal sains, kantin, asrama dan rumah guru. Hasil kajian menunjukkan bahawa Projek Segera ini telah berjaya dilaksanakan dan dapat mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pembangunan. Ramai kontraktor berpuashati dengan cara pelaksanaan projek dan mereka ingin menyertai lagi jika diberi peluang. Semoga dengan adanya dissertasi ini diharap dapat memberi manafaat kepada pelajar-pelajar dan pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan Kerajaan dimasa akan datang.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1986

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002477 LB3222.C92 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003982 LB3222.C92 1986 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page