Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian rekabentuk solar pasif dan pendekatan baru bagi bangunan pejabat berhawa dingin dalam iklim tropika panas lembab
Title:
Kajian rekabentuk solar pasif dan pendekatan baru bagi bangunan pejabat berhawa dingin dalam iklim tropika panas lembab
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1985
Abstract:
Kajian topikal ini bertujuan meneliti aspek-aspek utama dalam rekabentuk penyejukan solar pasif. Ia juga akan menyentuh tentang pendekatan-pendektan baru dalam bidang tersebut di atas . Analisa dibuat dalam konteks iklim teropika panas lembab dan khususnya bagi bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan pejabat dipilih sebagai objek kajian kerana kriteria rekabentuk pejabat adalah lebih kurang serupa. Bangunan-bangunan lain sering mempunyai kriteria rekabentuk yang berlainan antara banguna sejenis. Penelitian menjadi terlalu kompleks kerana bangunan sejenis. Penelitian menjadi terlalu komplek kerana asas perbandingan yang berlainan ini. Bab pertama kajian memberi latarbelakang mengenai kajian topikal ini. Matlamat kajian juga dihuraikan di sini. Sekop kajian akan menyatakan tentang aspek-aspek yang dikaji dalam bab-bab yang berikutan. Bab kedua memberi maklumat tentang iklim Lembah Kelang pada amnya dan khususnya bagi bandaraya Kuala Lumpur. Maklumat-maklumat tersebut seterusnya akan dianalisa dalam bab-bab ketiga dan keempat. Analisa-analisa merangkumi aspek seperti kesesuaian elemen-elemen rekabentuk solar pasif dalam konteks iklim tempatan Kuala Lumpur. Dalam bab ketiga, elemen-elemen rekabentuk solar pasif dikaji dengan teliti. Perbincangan bermula dari sekil makro sampai ke sekil mikro. Kajian di sini memperbentangkan perkembangan-perkembangan terbaru dalam bidang solar pasif seperti syor baru bagi OTTV oleh I. Turiel dan rakan-rakan (1984). Perbincangan sinarsiang termasuk dalam bab ini kerana kerana ia merupakan elemen utama penjimatan tenaga bagi pejabat. Selepas perbincangan tentang elemen-elemen rekabentuk solar pasif, bab keempat pula akan membentangkan konsep-konsep terbaru dalam sistem penyejukan solar pasif. Rumusan pendek akan dibuat mengenai kesesuaian konsep-konsep yang dikaji sebagai satu strategi untuk mencapai keselesaan dalam bangunan. Dua kajian kes pendek diperbentangkan dalam bab kelima. Tujuan utama adalah untuk melihat perkembangan rekabentuk solar pasif secara kasar sahaja di bandaraya Kuala Lumpur antara jangka masa lebih kurang seratus tahun. Perlu ditekankan di sini bahawa kajian kes tersebut adalah terlalu kecil bilangan dan terlampau "superficial" untuk membuat rumusan dan pandangan yang sebenar dalam perkembangan rekabentuk solar pasif di Kuala Lumpur.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Senibina) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000003851 NA2542.S6 C45 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000160477 NA2542.S6 C45 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page