Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian permintaan dan penawaran bahan binaan utama di Malaysia
Title:
Kajian permintaan dan penawaran bahan binaan utama di Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8475 ra
Abstract:
Dalam sejarah perkembangan industri binaan di Malaysia, salah satu masalah yang sering wujud ialah masalah kekurangan bekalan bahan binaan. Masalah ini berlaku adalah disebabkan oleh ketidakstabilan permintaan dan penawaran bahan binaan di pasaran. Maka, kajian permintaan dan penawaran bahan binaan, terutamanya bahan binaan utama, telah dilakukan. Teori permintaan dan penawaran berpandukan ekonomi adalah perlu diketahui sebelum mengkaji lebih dalam mengenai permintaan dan penawaran bahan binaan utama di Malaysia. Antaranya termasuk faktor-faktor yang mempengarnhi permintaan dan penawaran. Dengan memahami faktor-faktor tersebut, barulah membolehkan kita menjangka punca-punca masalah kekurangan bekalan bahan binaan. Tiga jenis bahan binaan, iaitu simen, tetulang keluli dan kayu gergaji telah dikenalpasti sebagai bahan binaan utama melalui analisa yang dijalankan. Kajian sumber-sumber permintaan dan penawaran membolehkan kita mengetahui penawar atau pengeluar bahan binaan dan pengguna atau pembeli bahan binaan tersebut. Melalui analisa terhadap data-data perangkaan pengeluaran dan penggunaan tempatan bahan binaan utama, gambaran sebenar keadaan pasaran bahan binaan boleh didapati dan seterusnya mengetahui dengan tepat tahun-tahun yang mempunyai kekurangan bekalan bahan. Selain itu, punca masalah kekurangan bekalan bahan binaan telah dikemukakan agar pihak-pihak yang terlibat boleh mengambil tindakan selanjutnya untuk mengatasi masalah ini jika ianya berlaku lagi. Kesan kekurangan bekalan juga dikemukakan supaya memberi perangsang kepada pekilang-pekilang untuk mengeluarkan lebih bahan binaan bagi mencegah masalah tersebut dari berlaku lagi. Pada masa berlakunya kekurangan bekalan bahan binaan, pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak-pihak yang terlibat untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan bahan binaan tersebut. Antaranya termasuk mengarahkan kilang-kilang pengeluar beroperasi lebih masa, membekukan pengeksportan, penubuhan panel bahan binaan dan sebagainya. Walaupun pelbagai tindakan telah diambil, tindakan tersebut hanya berbentuk sementara. Jadi, langkah-langkah berkesan untuk menstabilkan edaran bahan binaan telah dicadangkan. Antara cadangan tersebut termasuk memansuhkan sekatan import, memperbaiki sistem pengangkutan, mengadakan simpanan bahan binaan utama dan sebagainya. Dengan langkah-langkah yang dicadangkan, diharap edaran bahan binaan utama di pasaran dapat distabilkan dan seterusnya meningkatkan produktiviti sektor pembinaan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002884 HD9715.C56 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000003144270 HD9715.C56 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page