Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Keperluan tempat letak kereta dan skim pengurusannya di Pusat Bandaraya Johor Bahru
Title:
Keperluan tempat letak kereta dan skim pengurusannya di Pusat Bandaraya Johor Bahru
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1994
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8220 ra
Abstract:
Didalam menempuhi kemajuan perbandaran pada hari ini, pelbagai masalah timbul dan terpaksa dihadapi oleh penduduk. Masalah pengangkutan adalah satu masalah yang tidak boleh dipisahkan daripada sussana bandar. Masalah pengangkutan utama yang sering diperbincangkan adalah masalah kesesakan trafik. Masalah kesesakan trafik seolah-olah satu fenomena yang menjadi satu kemestian di pusat-pusat bandar. Terdapat berbagai-bagai faktor yang menyumbang kepada masalah kesesakan trafik di pusat-pusat bandar ini. Sama ada disedari atau tidak, amsalah kekurangan tempat letak kereta merupakan salah satu daripada faktor-faktor penyumbang ini. Oleh sebab itu, pelabgai langkah penyelesaian cuba dilaksanakan oleh pihak-pihak berkuasa tempatan untuk mengatasi masalah kekurangan tempat letak kereta. Seringkali, penyediaan tempat-tempat letak ekreta baru menjadi langkah yang pertama dilaksanakan. Walau bagaimanapun, langkah berkenaan bukan merupakan langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini. Selain daripada hanya merupakan penyelesaian jangka pendek, ia turut menjadi faktor penggalak kepada kemasukan kenderaan persendirian ke pusat-pusat bandar. Oleh itu, langkah-langkah dalam bentuk skim pengurusan tempat letak kereta perlu diberi lebih perhatian. Skim pengurusan tempat letak kereta merangkumi langkah-langkah kawalan fizikal, kawalan harga, kawalan harga, kawalan masa dan polisi-polisi pembangunan tempat-tempat letak kereta. Langkah kawalan fizikal adalah dengan menentukan kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan atau dibenarkan meletakkan kenderaan, mewujudkan larangan bagi kenderaan (car restricted zone) dan memindahkan atau menyediakan tempat-tempat letak kereta di luar pusat bandar. Kawalan harga berkait dengan kadar bayaran tempat-tempat letak kereta dan biasa dilaksanakan bersekali dengan kawalan had masa perletakan. Walau bagaimanapun, penawaran tempat letak kereta masih perlu ditambah dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan pembangunan ruang lantai perdagangan. Dalam usaha untuk memenuhi keperluan pengguna dan pengusaha-pengusaha ruang-ruang perdagangan, penambahan ruang-ruang letak kereta adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Disini pentingnya skim pengurusan tempat letak kereta diterima pakai oleh pihak berkuasa tempatan. Selain daripada memenuhi kehendak pengguna, usaha membebaskan pusat bandar daripada cengkaman masalah kesesakan trafik juga tidak terabai.
DSP_DISSERTATION:
Latihan ilmiah (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1994

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002530669 TL175.D39 1994 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page