Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Faktor-faktor yang diambilkira dalam penentuan kaedah pemasaran harta tanah
Title:
Faktor-faktor yang diambilkira dalam penentuan kaedah pemasaran harta tanah
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1995
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8398 ra
Abstract:
Pemasaran yang efektif amat diperlukan pada masa kini terutama sekali disebabkan oleh permintaan dan perkembangan sektor pembangunan harta tanah di kawasan Johor Bahru yang pesat seperti tumbuhnya sekali lagi pembangunan jenis rumah kos tinggi - Rumah Berkembar dan Sesebuah Dua Tingkat, yang menunjukkan persaingan yang amat ketara. Terdapat beberapa faktor yang patut diambil perhatian dandikaji sebelum program pemasaran disediakan. Ini akan membolehkanpemaju memperolehi pulangan yang optimum daripada kos pemasaran yang telah diperolehi dengan menjalankan kajian dan penghantaran borang soal selidik kkepada syarikat-syarikat pemaju. Soalan-soalan yang diketengahkan merangkumi pelbagai jenis strategi pemasaran yang disusun dalam beberapa bahagian yang berbentuk skel '5 point'. Pendekatan analisis yang digunakan termasuklah ringkasan huraian berstatistik, penjadualan silang, penskalaan, Thurstone dan Penskalaan Multidimensi. Didapati secara puratanya, responden kurang memberi tumpuan terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi penentuan kaedah pemasaran bagi rumah kos tinggi. Dengan itu, wujud keadaan di mana penekanan yang minimum diberikan ke atas faktor-faktor berkenaan mengakibatkan ketidakcekapan program pemasaran yang seterusnya akan menyebabkan kadar hasil jualan yang rendah terhadap jualan sesuatu projek. Mengikut pandangan-pandangan yang diberikan oleh pemaju-pemaju di kawasan Johor bahru, faktor-faktor seperti keadaanekonomi dan pasaran harta tanah semasa, harga harta tanah, saiz dan lokasi harta tanah merupakan faktor yang penting manakala faktor-faktor yang kurang penting termasuklah bentuk kaedah pemasaran. Sementara itu, antara kaedah pemasaran yang digemari dan berkesan mengikut pandangan pemaju ialah : a) harta tanah secara am - brosur, pengiklanan dalam suratkhabar, penubuhan pejabat tapak bina. b) rumah kos sederhana - pengiklanan dalam suratkhabar, brosur, liputan akhbar c) pengiklanan dalam suratkhabar, brosur, risalah. Disamping itu, terdapat sebilangan pemaju yang masih tertakluk dan terlalu bergantung kepada pendekatan lama sehingga kurang memberi tumpuan kepada pendekatan tertentu yang penting kepada pemasaran. Maka, adalah amat penting bagi pemaju untuk mengamalkan suatu pendekatan baru yang berorientasikan penyelidikan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Harta Benda)) -- Universiti Teknologi Malaysia, 1995

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002711533 HD1390 G66 1995 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page