Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Menghasilkan perisian pengajaran berbantukan komputer untuk satu lukisan geometri tingkatan empat di sekolah sekolah menengah vokasional
Title:
Menghasilkan perisian pengajaran berbantukan komputer untuk satu lukisan geometri tingkatan empat di sekolah sekolah menengah vokasional
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1993
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 8047 ra
Abstract:
Kaedah mengajar dalam bidang pendidikan merupakan satu aspek yang penting dalam penyampaian pembelajaran yang efektif. Kaedah yang baik akan menjamin pembelajaran yang berkesan dan secara langsung tumpuan dan minat pelajar terhadap pelajaran akan bertambah. Penggunaan alat bantu mengajar pada keadaan-keadaan yang tertentu dalam proses pembelajaran akan dapat membantu para pendidik dalam memperbaiki kaedah penyampaian pengajaran. Dengan wujudnya teknologi komputer yang berupaya tinggi dan harganya yang agak murah pada masa ini,penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sebagaialat bantu mengajar dapat diperluaskan lagi. Kertas projek ini bertujuan untuk memperkenalkan penggunaan perisian berbantukan komputer dalam matapelajaran Lukisan Teknik di Sekolah Menengah Vokasional supaya dapat memudahkandan memperbaiki kaedah pengajaran terutamanya dalam penerangan sesuatu konsep dalam lukisan. Perisian yang direkabentuk ini sedikit sebanyak cuba menggunakan keupayaan komputer dan bahasa pengaturcaraan QUICKBASIC dan STORYBOARD LIVE untuk menyampaikan isi pelajaran dengan kaedah yang mudah serta menarik. Akhir kata, harapan penulis agar dengan terlaksananya kertas projek bersama perisian kursus ini dapat memberi sumbangan dan faedah untuk memajukan lagi bidang Pengajaran Berbantukan Komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah khususnya di Sekolah Menengah Vokasional.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1993

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000002360794 QA464.I83 1993 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page