Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Mengesan kandungan fenol dalam air minuman dan air mentah
Title:
Mengesan kandungan fenol dalam air minuman dan air mentah
Personal Author:
Publication Information:
Skudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7679 ra
Abstract:
Projek penyelidikan yang dijalankan selama 4 bulan ini bertujuan untuk mengesan kandungan fenol dalam air minuman dan air mentah. Sebanyak 8 buah stesen telah dipilih iaitu 5 darinya terdiri daripada beberapa batang sungai dan 3 lagi dari bekalan air paip dari beberapa buah kawasan yang mendapat sumber bekalan air minuman dari sungai-sungai tersebut. Stesen-stesen air mentah terdiri dari Sungai langat (tiga buah stesen), Sungai Damansara (sebuah stesen) dan Sungai Buloh (sebuah stesen). Sementara stesen-stesen bagi air minuman ialah di West Country (mendapat bekalan air dari Sungai Buloh) dan Seksyen 14, Shah Alam (mendapat bekalan air dari Sungai Damansara). Kewujudan dan kepekatan fenol dalam sampel-sampel tersebut diuji dengan kaedah 'Aminoantipyrine' menggunakan alat HDR 2000 spektrofotometer. Kaedah ini akan mengesan kesemua orto dan meta- gantian fenol atau napthols. Dengan kehadiran potassium ferricyanide, fenol akan bertindakbalas dengan 4-aminoantipyrine untuk menghasilkan pencelup antipyrine berwarna. Pencelup ini akan dilarutkan dalam larutan akuas klorofom dan warnanya diukur pada 460 nm. Dari ujian yang dijalankan didapati sungai Sering (cabang Sungai Langat) mempunyai kepekatan fenol sebanyak 0.008 mg/l, Sungai Langat (bahagian hulu) sebanyak 0.013 mg/l, Sungai Langat (bahagian muara) sebanyak 0.006 mg/l, Sungai Damansara sebanyak 0.013 mg/l dan Sungai Buloh sebanyak 0.006 mg/l. Didapati kepekatan fenol bagi setiap sungai ini jauh lebih tinggi dari kepekatan piawai yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu sebanyak 0.002 mg/l. Analisa ke atas air minuman pula menunjukkan kesemuanya bebas fari fenol kecuali air paip dari Kampung Melayu Subang yang mempunyai kepekatan fenol sebanyak 0.002 mg/l. Kajian ke atas punca-punca pencemaran datangnya dari kumbahan domestik manusia dan haiwan (kinzir), pelupusan sampah sarap serta dari air sisa dan buangan dari kilang-kilang dan industri-industri yang terdapat di kawasan laluan sungai tersebut. Dari ujian yang telah dijalankan maka boleh disimpulkan bahawa kebanyakan sungai-sungai yang dijadikan punca air minuman di Malaysia amnya dan stesen-stesen yang dipilih khasnya menghadapi masalah pencemaran fenol. Kewujudan bahan ini boleh menyebabkan bau dan rasa yang tidak menyenangkan pada air minuman dan daging ikan, serta kandungannya yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keracunan.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia) - Universiti Teknologi Malaysia, 1992

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000010084166 TD424.4.M3 M27 1991 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page