Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Sejauhmana peranan PKENJ dalam menyediakan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah di kawasan Johor Bahru; Kajian : rumah pangsa pasang siap
Title:
Sejauhmana peranan PKENJ dalam menyediakan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah di kawasan Johor Bahru; Kajian : rumah pangsa pasang siap
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : Universiti Teknologi Malaysia, 1988
General Note:
Projek khas (Sarjana Muda Ukur (PengurusanHartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 3685 ra
Abstract:
Keperluan terhadap perumahan kos rendah di Negeri Johor amat ketara dalam Rancangan Malaysia ke Lima dimana terdapat 730,000 setinggan di seluruh negeri ini. Keadaan ini telah memaksa kerajaan Negeri Johor mengutamakan rumah-rumah yang mampu dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah. Peranan utama untuk menyelesaikan masalah perumahan kos rendah ini diberikan kepada PKENJ. Dengan itu PKENJ mempunyai matlamat untuk membantu kerajaan menyelesaikan masalah perumahan awam bagi golongan berpendapatan rendah dalam jangkamasa yang singkat dan dengan cara yang paling berkesan di mana pendekatan utama digunakan dalam RML adalah pembinaan rumah-rumah bersistem pasang siap. Tujuan penulisan dissertasi ini adalah untuk melihat pendekatan PKENJ di dalam mencapai matlamat penyediaan rumah pasangsiap kos rendah. Penelitian dibuat terhadap kejayaan pembinaannya serta lain-lain skim pembiayaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memiliki unit-unit rumah yang disediakan. Ini akan dikaitkan dengan harga jualan rumah, syarat-syarat permohonan serta daya tarikan ke kawasan perumahan yang disediakan berbanding dengan minat dan kemampuan penduduk. Di dalam bab analisa, penulis mengutarakan dari segi minat dan kemampuan penduduk untuk tinggal di rumah pangsa yang disediakan. Ini menentukan kejayaan dan kegagalan PKENJ mencapai matlamatnya dalam memenuhi kehendak-kehendak dan taraf kemampuan penduduk berpendapatan rendah. Seterusnya dalam bab kesimpulan, penulis mengemukakan cadangan-cadangan untuk dijadikan panduan bagi menjamin kejayaan PKENJ mencapai matlamat penyediaan rumah-rumah kos rendah.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006983 HD7363.6.J65 M73 1988 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page