Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Sistem "Inner Ring Road" di Kuala Lumpur dan kesannya atas hartanah
Title:
Sistem "Inner Ring Road" di Kuala Lumpur dan kesannya atas hartanah
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 4053 ra
Abstract:
Kesesakan lalu-lintas adalah merupakan masalah yang sering diperkatakan dikebanyakan bandar-bandar di negara-negara yang sedang membangun. Keadaan ini juga wujud di bandaraya Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, bahagian yang paling tinggi kesesakan lalu-lintas, terjada di kawasan pusat bandar. Oleh itu salah satu cara untuk mengatasi masalah kesesakan di kawasan pusat bandar itu ialah denagn membina jalan-jalan keliling di luar kawasan pusat bandar yang dipanggil 'Inner Ring Road'. Di dalam dissertasi ini, penulis cuba menunjukkan keadaan dan dilema jalaraya yang terdapat di Kuala Lumpur sebelum pembinaan 'Inner Ring Road'.Bentuk, ciri dan proses-proses pembinaan 'Inner Ring Road' tersebut ada diterangkan di dalam bab ketiga. Faktor 'boleh sampai' (acessibility) adalah merupakan perkara yang sering diperhatikan dalam hubungan diantara sistem pengangkutan jalan dengan nilai dan gunaan tanah. Oleh itu di dalam dissertasi ini, penulis telah menunjukkan darjah 'boleh sampai' yang dapat diberikan oleh 'Inner Ring Road' kepada hartanah-hartanah di kawasan sekitar. untuk tujuan itu, satu kajian perjalanan (travel survey) telah dijalankan untuk membandingkan darjah 'boleh sampai' yang dapat disediakan oleh 'Inner Ring Road' dengan laluan melalui pusat bandar. Pembinaan 'Inner Ring Road' ini telah mengurangkan masa perjalanan (travel time) dan juga kos petrol, walaupun jarak 'origin' dan destinasi melalui 'Inner Ring Road' yang dipilih oleh penulis melebihi jarak 'origin' dan destinasi melalui pusat bandar. Dengan faktor 'boleh sampai' yang disediakan oleh 'Inner Ring Road' tersebut, kesan yang positif kepada hartanah di sekitarnya juga dibincangkan, terutamanya terhadap pertambahan nilai dan bentuk gunaan hartanah. [A [A [A [A [A [A [A [A [A [A [A [A [A [A [A [A [A [A [A [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [C [i
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1981

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006924 HD890.6.Z9 K82 1981 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002418766 HD890.6.Z9 K82 1981 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page