Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Rancangan dan rekabentuk taman bandar Kuantan
Title:
Rancangan dan rekabentuk taman bandar Kuantan
Personal Author:
Publication Information:
1983
Abstract:
Sebagai sebuah bandar yang sedang pesat membangun, Kuantan menghadapi masalah dalam menyediakan kawasan rekreasi bagi memenuhi keperluan fisiologi dan pembangunan mental penduduknya. Oleh itu kajian ini bertujuan menyediakan satu perancangan dan rekabentuk sebuah taman bandar bagi Kuantan. Dua pendekatan kajian iaitu teoritikal dan praktikal telah digunakan. Disamping itu, rujukan dan perbandingan terhadap kawasan rekreasi sediada juga dijalankan. kajian telah menunujukkan bahawa ujud ketidakberkesanan dalam penyediaan kawasan rekreasi semasa. Ini disebabkan oleh: (i) aktiviti/kemudahan yang disediakan adalah terhad dan tidak menarik. (ii) tiada penyelarasan dan penyesuaian aktiviti berasaskan peringkat gologan pengguna. (iii) aktiviti/kemudahan tidak dikaitkan dengan ciri-ciri penggunaan yang khusus. (iv) susunatur aktiviti/kemudahan tidak berpandukan pada kaedah tertentu. (v) potensi elemen landskap semulajadi tidak digunakan sepenuhnya. (vi) aktiviti/kemudahan rekreasi disediakan secara adhoc. (vii) kriteria dan prinsip rekabentuk taman rekreasi tiada dipertimbangkan. (viii) pengurusan dan penyelenggaraan taman semasa tidak berkesan. tindakan terhadap masalah ini ialah: (i) mempelbagaikan aktiviti berasaskan elemen lanndskap semulajadi dan buatan manusia selari dengan permintaan pengguna (ii) menyeimbangkan aktiviti rekreasi pasif dan aktif (iii) penggunaan kriteria dan prinsip rekabentuk dalam pembangunan (iv) pembangunan secara pelan induk disediakan. (v) mengujudkan sistem pengurusan dan penyelenggaraan taman yang berkesan. Berdasarkan tindakan-tindakan diatas, pembangunan secara jangkapanjang telah disediakan untuk memperolehi satu penyelesaian yang menyeluruh terhadap masalah-masalah tersebut. Ianya termasuklah peringkat pembangunan, anggaran kos dan agensi terlibat. Ini bertujuan mengujudkan satu koorsinasi dan penyeragaman terhadap penyediaan setiap aktiviti/kemudahan dalam taman bandar ini.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1983

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003829 NA9060 M66 1983 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003867 NA9060 M66 1983 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000001181621 NA9060 M66 1983 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page