Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pembaharuan bandar lama Melaka
Title:
Pembaharuan bandar lama Melaka
Personal Author:
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3132 ra
Abstract:
Kajian pembaharuan bandar yang dijalankan oleh penulis adalah gambaran kepada pembaharuan bandar, di bandar lama Melaka. Setelah penulis membentangkan teori dan matlamat pembaharuan, satu kajian mengenai struktur bandar lama Melaka telah di bincangkan. Kajian struktur tersebut, meliputi struktur penduduk, struktur menegak (bangunan sahaja) gunaan tanah, sistem jalanraya dan sistem sungai. Adalah didapati, kawasan kajian mempunyai kepadatan yang tinggi dan merupakan kawasan perniagaan yang penting. Lalulintasnya kerap terganggu disebabkan oleh kesibukan kenderaan yang terpaksa menggunakan jalanrayanya yang sempit. Beberapa cadangan pembaharuan keatas kawasan kajian juga dimuatkan. Antara cadangan yang dianjurkan sama ada oleh penulis maupun Kerajaan Negeri ialah mengenai pemeliharaan bangunan, penyusunan ekonomi dan pembaharuan sistem jalanraya. Cadangan pembaharuan yang diberikan adalah mirip kepada galakan pelancungan, kerana cara begini difikirkan sesuai bagi kawasan kajian. Pertamanya kerana banyak terdapat bangunan yang tinggi nilai keseniannya. Bangunan-bangunan ini menggambarkan juga sejarah Negeri Melaka. Faktor kedua ialah kedekatan bangunan-bangunan dengan tempat-tempat bersejarah yang lain. Ciri bandar yang unik begini, boleh menimbulkan rasa kagum dikalangan pelawat-pelawat yang berkunjung. Mengenai masalah-masalah yang timbul semasa perancangan dan juga semasa diperingkat perlaksanaan, penulis mendapati ianya adalah berhubung dengan (i) masalah kawalan sewa yang dikenakan keatas sebahagian daripada hartanah di dalam kawasan kajian, (ii) masalah pembayaran pampasan kepada tuan tanah yang terlibat di dalam pengambilan balik tanah, (iii) masalah pembiayaan projek pembaharuan dan (iv) lain-lain kesulitan yang berkaitan. Beberapa kesan keatas hartanah di kawasan kajian yang melibatkan orang perseorangan dan kerajaan, ataupun nilai tanah kawasan sekitar juga ditentukan. Antara kesan-kesan pentingnya ialah pentadbiran di dalam sektor kerajaan perlu digiatkan lagi bagi menjayakan pembaharuan. Orang perseorangan pula secara tidak langsung akan mengalami kenaikan dalam nilai tanah milikan mereka hasil dari pembaharuan yang dijalankan oleh kerajaan misalannya pembaharuan infrastruktur. Kenaikan dalam nilai tanah secara langsung juga akan dirasai oleh orang perseorangan yang membuat pembaharuan keatas hartanah masing-masing. Kesimpulan dari kajian ini menunjukkan bahawa pembaharuan bukan semata-mata menjadi tanggungjawab kerajaan. Campurtangan dari agensi-agensi perseorangan juga perlu bagi menjayakan lagi program tersebut. Pembaharuan juga banyak memberi kesan positif atau negatif kepada orang perseorangan dan sektor kerajaan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1981

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000006719 HT169.M32 M49 1981 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000002413015 HT169.M32 M49 1981 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page