Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penurasan arah atas buburan minyak sawit mentah
Title:
Penurasan arah atas buburan minyak sawit mentah
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7681 ra
Abstract:
Penurasan arah atas adalah salah satu daripada teknik yang digunakan untuk memisah pepejal (bentuk zarahan) dari cecair (buburan minyak sawit mentah) dengan perantaraan media penuras dan perbezaan tekanan sebagai daya penggerak. Persamaan penurasan dibangunkan secara empirik dimana parameter rekabentuk seperti kerintangan kek dan kerintangan media penuras ditentukan secara eksperimen. Dalam projek penyelidikan ini, kajian yang dilakukan adalah untuk mendapatkan perkaitan antara perbezaan kejatuhan tekanan yang diberikan dengan kadaralir turasan, rintangan spesifik kek, rintangan media penuras dan peratus kandungan minyak dalam kek. Keputusan yang diperolehi dari kajian ini ialah; (a) purata kadaralir turasan bagi tekanan 100, 200, 300, 400 dan 500mmHg ialah 26.13658, 35.84177, 40.01489, 44.53976 dan 51.52291ml/min; (b) rintangan spesifik kek ialah 3.968x10 10, 6.505x10 10, 1.052x10 11, 1.053x10 11 dan 1.503x10 11 m/kg; (c) rintangan media penuras ialah 4.962x107, 5.362x107, 6.703x107, 8.043x107 dan 8.099x1071/m; (d) peratus kandungan minyak dalam kek ialah 48.099, 43.24, 34.65, 26.074 dan 19.013%. Dari data yang diperolehi ini, jelas menunjukkan semakin tinggi nilai kejatuhan tekanan yang dikenakan, semakin baik keputusan yang akan diperolehi.
DSP_DISSERTATION:
Kertas Projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000010084146 TP156.F5 R24 1991 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page