Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pencirian minyak mentah berlilin Malaysia
Title:
Pencirian minyak mentah berlilin Malaysia
Personal Author:
Publication Information:
Kuala Lumpur : UTM, 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 7769 ra
Abstract:
Masalah pemendakan parafin sering mengganggu operasi pengeluaran. Keadaan-keadaan di lapangan yang menggalakkan pemendakan parafin termasuklah penyusutan tekanan reserbor, perangsangan asid, dan operasi angkat gas. Sejumlah wang yang besar terpaksa dibelanjakan bagi mengeluarkan mendakan berlilin ini daripad peralatan subpermukaan, tetuib pengeluaran, talian aliran, peralatan permukaan dan sebagainya. Kekurangan data dan pemahaman tentang ciri-ciri minyak mentah berlilin sedikit sebanyak menghalang usaha penyiasatan ke atas mekanisma pemendakan parafin. Maka, analisis untuk menentukan komponen dan komposisi minyak mentah berlilin serta ciri-ciri minyak tersebut adalah perlu dilakukan untuk menganggarkan darjah masalah pemendekan parafin, dan supaya kaedah-kaedah perawatan yang lebih berkesan dapat dikenalpasti bagi mengatasi atau mengurangkan masalah pemendakan ini. dengan ini, projek tahun ini akan merangkumi kajian literatur dan analisis makaml bagi menentukan ciri-ciri minyak mentah berlilin Malaysia dan hubungannya dengan pemendakan parafin. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa minyak mentah di lapangan St. Joseph adalah minyak mentah yang paling ketara berbanding dengan minyak mentah di lapangan Tembungo, Irong dan Semangkok. Secara teori, kesemua minyak mentah yang diuji itu tidak akan menimbulkan masalah pemendakan parafin yang serius kerana kesemua takat tuang sampel berada di bawah suhu persekitaran di Malaysia.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum) - Universiti Teknologi Malaysia, 1991

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000001712185 TP692.4.P3 T25 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page