Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Ke arah pembentukan model pembangunan sebuah perkampungan Islam
Title:
Ke arah pembentukan model pembangunan sebuah perkampungan Islam
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1988
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja: MFL 3816 ra
Abstract:
Berbagai jenis perkampungan telah wujud di Malaysia dengan ciri-cirinya yang tersendiri. Matlamat pembukaannya adalah bergantung kepada masalah yang dihadapi. Perkampungan tradisi tumbuh secara beransur-ansur mengikut perkembangan penduduk, perkampungan darurat dibangunkan di atas sebab-sebab keselamatan begitu juga bagi perkampungan orang asli dengan matlamat untuk memajukan kehidupan masyarakat orang asli. Rancangan-rancangan tanah baru dibuka sebagai langkah membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi sama ada dari segi kaum ataupun dari segi keseimbangan wilayah. Namun pendekatan-pendekatan yang digunankan belum banyak membantu menyelesaikan masalah. Masyarakat terus dilanda kemiskinan dan semakin hari semakin luntur semangat gotong-royong dan berdikari. Kini perkampungan-perkampungan Islam telah banyak dibangunkan dengan matlamat untuk mengembalikan umat Islam kepada mengamalkan ajaran Islam yang benar dan menyeluruh. Program yang dilaksanakan bukan sahaja tertumpu kepada pengajaran ilmu agama tetapi juga melibatkan pembangunann ekonomi dan fizikal dan memenuhi keperluan masyarakat Islam. Program-program tersebut telah berjaya melahirkan masyarakat yang beriman serta aktif dan kreatif. Oleh itu satu model pembangunan kampung telah dibentuk berasaskan kepada pemahaman teori dan potensi yang telah ditunjukkan di dalam kajian kes serta pembaikan keatas kelemahan-kelemahan yang terdapat. Model ini menekankan kepada pembentukan organisasi yang tersusun dengan penglibatan dari penduduk tempatan sepenuhnya, program pembangunan sosial bagi melahirkan masyarakat yang beriman, berilmu dan beramal serta bersaudara, pembangunan ekonomi bagi mengelakkan pergantungan kepada lain-lain pihak serta dengan mengekploitasikan seluruh sumber secara optima. Pembangunan fizikal dilaksanakan bagi memenuhi cara hidup Islam yang sejahtera. Diharapkan model perancangan pembangunan perkampungan Islam ini dapat membantu memperbaiki pendekatan yang lazim dilaksanakan dan menjadi model kepada pembangunan perkampungan Islam di masa-masa depan.
DSP_DISSERTATION:
Latihan ilmiah (Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1988

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003530 HT431.Z32 1988 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000002687 HT431.Z32 1988 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page