Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penyelesaian masalah generasi kedua Felda Wilayah Jengka
Title:
Penyelesaian masalah generasi kedua Felda Wilayah Jengka
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1987
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 2818 ra
Abstract:
Walaupun pada dasarnya, matlamat Felda untuk membuka tanah dan menempatkan para peneroka telah berjaya, namun Felda masih belum berjaya di dalam menyediakan program khusus untuk generasi kedua yang kian bertambah. fenomena yang wujud sekarang sama ada mengekalkan mereka di skim rancangan sebagai peneroka atau menggalakkan mereka menceburi bidang lain. Disamping melihat keadaan taraf hidup peneroka, kajian ini juga telah mengkaji dengan teliti tentang keadaan dan masalah sebenar yagn sedasng dihadapi oleh generasi kedua Felda Wilayah jengka. Sebahagian besar masyarakat Felda terdiri dari anak-anak peneroka yang majoritinya masih bersekolah. Walaupun mereka telah berjaya ke peringkat sekolah menengah, ketidakcemerlangan pencapaian akademik menggagalkan mereka untuk melanjutkan pelajaran ketahap yang lebih tinggi yang mana mremereka hanya mampu memiliki SRP dan SPM sahaja. Dizaman kemelesetan ekonomi negara sekarang, kelulusan yang do perolehi tidak menjaminkan pekerjaan sama ada di sektor swasta atau di Perkhidmatan Kerajaan terutama terpaksa mengahmenghadapi persingan yang hebat dengan masyarakat luar skim Felda. Ini menyebabkan berlakunya masalah pengangguran di kalangan anak-anak peneroka. Peluang pekerjaan di skim Felda yang terlalu berorientasikan pertanian dan terhad, menggalakkan berlakunya migrasi keluar untuk mencari perkerjaan sesuai dengan kelulusan yang mereka perolehi dan tidak berorientasikan dasn tidak berorientasikan pertanian. Fenomena ini juga wujud disebabkan syarat hakmilik tanah yang tidak boleh dimilikbahagikan di antara anak-anak peneroka. Untuk menghadapi masalah persaingan dengan gunatenaga luar, maka anak-anak peneroka perlu dibekalkan dengan latihan-latihan dan kemahiran yang dapat membentuk gulungan generasi kedua yang dinamik. Untuk itu beberapa cadangan di kemukakan. Felda hendaklah menganjurkan latihan-latihan kemahiran yang bersesuaian dengan keadaan ekonomi sekarang serta mampu membimbing mereka untuk berdikari dan berusaha sendiri. Beberapa inisiatif perlu dilakukan bagi menanamkan minat sektor pertanian dikalangan generasi kedua sebagai persediaan menghadapi masalah peneroka yang semakin meningkat usia. Felda juga tidak harus melupakan golongan generasi kedua yang masih bersekolah dimana Felda bertanggongjawab dalam menjadikan anak-anak peneroka orang yang berpelajaran tinggi dan berkebolehan. bagi mengatasi masalah pengangguran, Felda hendaklah menyediakan peluang-peluang pekerjaan sama ada berasaskanpertanian atau bukan pertanian di skim Felda. Segala cadangan yang di kemuakkan di harapkan akan dapat mencapai matlamat sebenar kajian dan mengatasi masalah yang wujud.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1987

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003358 HD890.6.Z7 Z37 1987 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003250 HD890.6.Z7 Z37 1987 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page