Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Terminal bas awam : analisis keupayaan dan keperluan. Kajian kes Kuala Lumpur
Title:
Terminal bas awam : analisis keupayaan dan keperluan. Kajian kes Kuala Lumpur
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1985
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja : MFL 3033 ra
Abstract:
Bandaraya Kuala Lumpur adalah sebuah bandar yang sedang menghadapi proses urbanisasi yang pesat. Proses urbanisasi ini telah menggalakkan berlakunya migrasi yang pesat ke Kuala Lumpur. Akibatnya berbagai-bagai keperluan seperti perumahan, pengangkutan, institusi-institusi pekerjaan dan sebagainya perlu disediakan bagi menampung pertumbuhan penduduk ini. Tekanan pembangunan yang tinggi telah menyebabkan jarak di antara aktiviti-aktiviti tersebut semakin jauh dan daripada ini keperluan-keperluan pengangkutan juga turut menjadi semakin penting. Di antara pengangkutan yang dimaksudkan ini ialah sistem pengangkutan bas awam yang mana merupakan salah satu daripada mod pengangkutan awam yang utama di bandaraya Kuala Lumpur. Semenjak kebelakangan ini, didapati perkhidmatan bas awam telah menghadapi berbagai-bagai masalah, di antaranya ialah berkaitan dengan penyediaan kemudahan terminal bas. Kekurangan kemudahan terminal bas di samping ketidaksesuaian perletakannya telah menimbul kesukaran yang tertentu kepada berbagai pihak. Kesukaran yang dimaksudkan ini meliputi masa menunggu pengguna di terminal bas yang lama, bilangan pertukaran mod atau perjalanan yang kerap; kekurangan penyelarasan di antara pelbagai mod pengangkutan awam; permintaan ruang-ruang bas berhenti di terminal bas yang semakin meningkat dan sebagainya. keadaan ini sekurang-kurangnya telah merendahkan lagi kecekapan perkhidmatan bas di Kuala Lumpur. Bagi maksud meninggikan perkhidmatan bas di masa hadapan, maka adalah perlu usaha-usaha untuk mengatasi masalah-masalah tersebut dijalankan yang mana meliputi langkah jangkapanjang dan langkah segera. Langkah jangkapanjang ini meliputi cadangan perletakan terminal bas baru, keperluan-keperluan ruang bas berhenti yang harus disediakan di amsa hadapan serta taburan jenis-jenis terminal bas. Manakala langkah segera merangkumi cadangancadangan yang berkaitan dengan pengurusan lalulintas bagi perkhidmatan bas di terminal, penyediaan kemudahan-kemudahan pengguna yang sesuai mengikut kategori terminal bas serta memperbaiki laluan dan perkhidmatan bas di terminal.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1985

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003422 HE311.M32 K8233 1985 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
35000000019313 HE311.M32 K8233 1985 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
30000000083778 HE311.M32 K8233 1985 raf Reference Book UTM Project Paper (Open Shelves)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page