Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Kajian ke atas pembangunan semula tanah bekas lombong untuk pembangunan perumahan
Title:
Kajian ke atas pembangunan semula tanah bekas lombong untuk pembangunan perumahan
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 5526 ra
Abstract:
Objektif utama disertasi ialah untuk mengkaji penggunaan tanah bekas lombong untuk rancangan perumahan. Aspek kajian meliputi kajian ke atas keadaan dan fizikal tanah bekas lombong, teknik pemulihan tanah, konsep pembangunan perumahan dan kos pembangunan. Penumpuan kajian dibuat ke atas komponen-komponen yang menjadi angkubah di dalam pembangunan ini. Berdasarkan hasil kajian dan penganalisaan terhadap data-data yang diperolehi, penulis mendapati rancangan pembangunan perumahan boleh dilaksanakan di tanah bekas lombong. Walau bagaimanapun tahap kesesuainnya bergantung kepada keadaan tanah bekas lombong, jenis perumahan dan skala pembangunan. Keadaan dan fizikal tanah bekas lombong mempengaruhi teknik pemulihan tanah dan ekonomi pemulihannya. Kolam lombong yang besar didapati tidak ekonomik untuk ditebusguna dan lebih sesuai dijadikan kolam rekreasi. Jenis perumahan kos rendah juga didapati tidak ekonomik dibina di tanah bekas lombong tanpa sokongan dari jenis-jenis perumahan lain kerana pemaju mengalami kerugian yang besar dalam pembangunan ini. Unutk tujuan ini, konsep perumahan campuran merupakan konsep perumahan terbaik untuk dilaksanakan di tanah bekas lombong. Rancangan perumahan juga didapati tidak ekonomik dilaksanakan jika skala pembangunannya adalah rendah.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000002767 HD890.6.Z9 K8222 1989 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003723 HD890.6.Z9 K8222 1989 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page