Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Pengurusan projek binaan : pengawalan masa di peringkat pembinaan (kes kajian : Pusat Belian Padi LPN, Kuala Rompin, Kuantan, Pahang)
Title:
Pengurusan projek binaan : pengawalan masa di peringkat pembinaan (kes kajian : Pusat Belian Padi LPN, Kuala Rompin, Kuantan, Pahang)
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM 1991
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja:MFL 7450 ra
Abstract:
Pengurusan projek merupakan satu perkara yang sudah lama dipraktikkan dalam pembinaan sesuatu projek. Aktiviti pengurusan ini amat luas bidangnya dan dari masa kesemasa iamenjadi bertambah kompleks. Antara aktiviti yang termasuk dalam Pengurusan projek ialah urusan pembelian tapak projek, membuat rundingan dengan pihak yang terlibat dalam pembangunan, membuat perancangan perlaksanaan projek, perlaksanaan perancangan, membuat pengawalan projek sehinggalah projek tersebut berjaya disiapkan. Oleh itu, pengawalan masa merupakan salah satu cabang pengurusan projek dimana kegagalan dalam pengurusannya boleh menyebabkan berlakunya kegagalan perlaksanaan projek. Secara amnya keseluruhan penulisan terbahagi kepada tiga bahagian : Bahagian pertama : membincangkan tentang konsep pengawalan masa di peringkat perlaksanan sesuatu projek binaan. Penulisan yang dibuat adalah berkisar di segi teori-teori pengawalan masa yang berkesan semasa perlaksanaan projek sedang berjalan. Pengawalan ini termasuklah aktiviti mengawal sumber-sumber binaan dengan mengambil kira faktor ketidakpastian yang boleh mengesani perlaksanaan projek. Bahagian kedua : membincangkan tentang teknik-teknik pengawalan masa yang boleh digunakan. Perbincangan bertumpu pada dua teknik yang sering digunakan dalam mengawal masa diperingkat perlaksanaan. Ia terdiri dari dua teknik iaitu carta bar dan kaedah laluan genting. Bahagian ketiga : Merupakan kajian pengawalan masa terhadap projek pembinaan di atas tanah berkeluasan 2.5 ekar terletak di Kuala Rompin, Kuantan, Pahang. Data-data yang berkaitan dengan kawalan masa dan sumber-sumber binaan diambil untuk dianalisis. Hasil dari analisis yang dibuat akan memberikan satu penemuan samada pengawalan masa diperingkat perlaksanaan projek itu mencapai objektif atau tidak. Akhir sekali cadangan-cadangan diberi untuk meningkatkan keberkesanan pengawalan masa yang dibuat dan menyelesaikan masalah yang timbul.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda))-Universiti Teknologi Malaysia, 1991.

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
30000000226211 HD1394.M93 1991 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page