Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Penggunaan semula tanah lombong : satu kajian penempatan rumah murah
Title:
Penggunaan semula tanah lombong : satu kajian penempatan rumah murah
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 2833 ra
Abstract:
Adalah menjadi tujuan dissertasi ini untuk mengkaji situasi perumahan kos rendah di Wilayah Persekutuan dan Petaling Jaya yang telah di majukan oleh agensi-agensi kerajaan. Kajian adalah ditumpukan kepada projek-projek yang dijalankan di tanah bekas lombong sebagai tapaknya. Didalam Bab I, kajian adalah ditumpukan kepada penawaran tanah kosong yang ada di Wilyah Persekutuan, dan sumbangan tanah bekas lombong sebagai tapak untuk projek-projek pembangunan terutamanya perumahan kos rendah. Dalam usaha untuk menyediakan rumah bagi gulungan berpendapatan rendah, berbagai-bagai sistem pembinaan telah dijalankan oleh kerajaan dan agensi-sgensi yang berkaitan seperti PKNS, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kementerian Perumahan dan Kemajuan Perkampongan. Satu Sekim perumahan bagi setiap sistem pembinaan telah dipilih untuk dibuat kajian. Di antara sekim-sekim yang dikaji dalam Bab II adalah :- 1. Sistem pertapakan dan kemudahan di Salak South. 2. Sistem rumah berkelompok di Cheras. 3. Sistem "Up-grading" setinggan di Kampong Malaysia Tambahan-Cheras. 4. Sistem perumahan LRMD di Kampong Tapak Maha Petaling Jaya. 5. Sistem rumah pangsa di Sungai Besi, Datok Keramat dan Cheras. Penerimaan penghuni terhadap suatu sekim perumahan adalah penting untuk mengetahui samada suatu sistem pembinaan itu berjaya atau tidak. Bab III membicarakan tentang penerimaan penghuni terhadap beberapa perkara penting dalam suatu sekim perumahan. Di antara perkara yang dikaji ialah keadaan struktur rumah yang disediakan, kebersihan, kesesakan, kemudahan-kemudahan awam, kedudukan sekim, keterangan keluarga yang tinggal di dalam sekim, perbandingan dahulu dan sekarang, keupayaan penghuni membayar sewa atau kebolehan mereka untuk membeli dan kesanggupan untuk tinggal lama di sekim perumahan tersebut. Ciri-ciri, masalah-masalah dan perkembangan perumahan kos rendah dibicarakan dalam Bab IV. Di antaranya ialah polisi perumahan kos rendah, polisi tanah bandar, standarad minima rumah kos rendah, dan masalah penempatan dan pemulihan setingan. Dalam Bab V, kesimpulan dibuat mengenai kajian yang telah dijalankan. Disamping itu diberikan juga cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi sekarang, cadangan-cadangan untuk pembinaan rumah kos rendah dimasa hadapan.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur (Pengurusan Hartabenda)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
PRZS3000005594 HD7363.6.S49 R35 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page