Title:
Kesan pengaruh video dalam pendidikan remaja
Personal Author:
Publication Information:
Sekudai : UTM, 1996
General Note:
Peminjaman dalam bentuk mikrofilem sahaja. MFL 8656 ra
Abstract:
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui kesan pengaruh video dalam pendidikan remaja. Terdapat empat objektif kajian iaitu mengenalpasti jenis program video berunsurkan nilai positif dalam pendidikan, mengetahui jenis program video yang diminati ramai, mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan jenis program video dan akhirnya meninjau sejauh manakah kesan pengaruh video dalam pendidikan remaja. Responden yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada kumpulan remaja yang mengikuti program diploma sessi 1995/96 Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Berdasarkan kepada dapatan-dapatan yang dilaporkan dalam kajian ini adalah jelas menunjukkan enam dari lapan jenis program video memberi nilai positif dalam pendidikan remaja. Keenam-enam jenis program video itu ialah dokumentari, kisah keluarga, kisah Wasik, komedi, hiburan & muzik dan kartun. Ini adalah selari dengan dapatan objektif mengetahui jenis program video yang diminati ramai di mana majoriti responden memilih filem dokumentari Mengenai faktor-faktor yang mempengaru hi pem i l i ha n jen is prog ram video majoriti responden berpendapat faktor perkembangan hiburan semasa, keluarga/kawan, ekonomi dan pendidikan rohani mempengaruhi pemilihan jenis program video. Kajian ini juga mendapati bahawa video boleh memberi kesan positif dan negatif terhadap pendidikan remaja.
DSP_DISSERTATION:
Kertas projek (Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)) - Universiti Teknologi Malaysia, 1996
Available:*
Library | Item Barcode | Call Number | Material Type | Item Category 1 | Status |
---|---|---|---|---|---|
Searching... | 30000003406315 | HQ799.2.M83 1996 raf | Closed Access Thesis | UTM Project Paper (Closed Access) | Searching... |