Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Rekabentuk dan kemudahan untuk orang cacat di dalam bangunan
Title:
Rekabentuk dan kemudahan untuk orang cacat di dalam bangunan
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 3219 ra
Abstract:
Kebanyakan bangunan awam yang dibina pada masa ini hanya memenuhi keperluan orang-orang yang sempurna anggotanya sahaja. Orang-orang cacat adalah juga sebahagian daripada masyarakat. Jadi sesebuah bangunan akan hanya layak untuk dipanggil bangunan awam jika ia memberi pertimbangan pada keperluan orang-orang cacat di samping orang-orang biasa. 'Bangunan awam' yang terdapat pada masa ini mempunyai banyak halangan fizikal yang menjadikan ianya mustahil untuk digunakan oleh orang-orang cacat. Bilangan penduduk Malaysia yang cacat adalah tinggi dan semakin bertambah dari tahun ke tahun. Orang-orang tua juga mempunyai keupayaan pergerakan yang terhad dan boleh digolongkan bersama orang-orang cacat dari segi keperluan rekabentuk dan kemudahan di dalam bangunan. Adalah menjadi matlamat Kementerian Kebajikan Am untuk mengintegrasikan kehidupan penduduk cacat ini ke dalam aktiviti hidup masyarakat seluruhnya. Sebahagian daripada matlamat ini boleh dicapai dengan mengadakan bangunan yang 'accessible' kerana bangunan merupakan tempat yang utama untuk menggalakkan pergaulan sosial antara masyarakat. Pihak-pihak yang terlibat dalam usaha ke arah penyediaan rekabentuk dan kemudahan ini hanyalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan badan-badan kebajikan sukarela. Penglibatan pihak-pihak ini hanyalah setakat membuat resolusi dan memberi cadangan supaya diadakan rekabentuk bangunan yang sesuai untuk orang cacat. Orang-orang cacat tidak memerlukan rekabentuk atau kemudahan yang istimewa. Kebanyakan rekabentuk yang diperlukan adalah biasa dan tidak memerlukan kos pembinaan yang tinggi. Kajian yang dibuat tentang implikasi kos dari penyediaan rekabentuk dan kemudahan untuk orang cacat ke atas kos keseluruhan bangunan menunjukkan bahawa kos untuk menyediakan keperluan-keperluan ini adalah tidak sampai satu peratus dari kos keseluruhan bangunan. Begitu juga dengan kajian perbandingan kos antara rekabentuk biasa dengan rekabentuk yang khas untuk orang cacat yang mana hasil yang didapati menunjukkan perbezaan yang kecil sahaja. Oleh itu diakhir dissertasi, cadangan dibuat supaya undang-undang kecil bangunan dipinda untuk mewajibkan untuk bangunan menyediakan rekabentuk dan kemudahan untuk orang cacat.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan) - Universiti Teknologi Malaysia, 1984

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003567 NA2545.R63 1984 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003683 NA2545.R63 1984 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page