Skip to:Content
|
Bottom
Cover image for Perkembangan pinggir bandar : kajian kes dipinggir bandar Melaka
Title:
Perkembangan pinggir bandar : kajian kes dipinggir bandar Melaka
Personal Author:
General Note:
Juga terdapat dalam bentuk mikrofilem : mikrofilem 3375 ra
Abstract:
Terdapat banyak definasi tentang pinggir bandar tetapi amatlah susah untuk mendapatkan satu definasi yang diterima ramai. Umumnya pinggir bandar merupakan kawasan yang mempunyai ciri-ciri yang bercampur antara bandar dan luar bandar. Terdapat aktiviti-aktiviti bandar dan pertanian dikawasan ini. Guna tanah yang selalu terdapat dikawasan ini ialah seperti kawasan industri kawasan perkuburan, tempat pembuangan sampah, bengkel atau worksyop dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini merupakan aktiviti yang 'unwanted' sama ada dibandar atau dipinggir bandar tetapi sangat diperlukan. Tekanan pembangunan keatas tanah pertanian, kawasan lapang dan kawasan rekreasi berlaku dipinggir bandar. Guna tanah yang berselerak dipinggir bandar menyebabkan kos penyediaan kemudahan yang tinggi. Dikawasan pinggir bandar juga mengahadapi masalah sosial yang lain. Dipinggir Bandar Melaka kebanyakan penduduk terdiri daripada bangsa Melayu manakala dibandar, majoriti adalah kaum cina. Proses pertukaran kawasan sosial (social area) berlaku dengan giatnya. Penduduk yang berkemampuan telah mula tinggal dipinggir bandar meninggalkan pusat bandar yang sesak. Proses urbanisasi telah mula mempengaruhi corak dipinggir Bandar Melaka dari segi jenis pekerjaan bahan binaan, struktur penduduk dan sebagainya. Proses urbanisasi juga telah menukarkan banyak tanah pertanian kepada guna tanah bandar seperti kawasan perumahan industri dan kawasan perniagaan. Kawasan pinggir Bandar Melaka menghadapi masalah kekurangan kemudahan awam. Penduduk dipinggir Bandar Melaka terpaksa pergi kepusat bandar untuk mendapatkan kemudahan seperti pejabat pos, kemudahan kesihatan, membelibelah dan lain-lain lagi. Ada kawasan yang tidak mendapat bekalan air dan letrik kerana lokasi yang terpencil. Sekolah-sekolah yang disediakan dikawasan ini juga tidak memenuhi permintaan. Dicadangkan pihak perancang Negeri Melaka memberikan perhatian khas terhadap pinggir Bandar Melaka. Ini akan menentukan supaya perancangan yang sempurna dijalankan dikawasan ini, disamping mengawasi segala kemudahan mencukupi. 'Green belt zone diujudkan berdekatan pinggir Bandar Melaka untuk mengawal kadar perkembangan bandar ini. Selain dari itu polisi petempatan diperingkat wilayah diharapkan dapat memenuhi kehendak 'rank size rule'.
DSP_DISSERTATION:
Tesis (Ijazah Perancang Bandar dan Wilayah) - Universiti Teknologi Malaysia, 1980

Available:*

Library
Item Barcode
Call Number
Material Type
Item Category 1
Status
Searching...
FAB30000003882 HT351.Z34 1980 Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...
Searching...
PRZS3000003289 HT351.Z34 1980 raf Closed Access Thesis UTM Project Paper (Closed Access)
Searching...

On Order

Go to:Top of Page